Laman Utama

#TravelMana: Tak Perlu Pergi Jauh Sampai Arizona, ‘Grand Canyon’ Pun Ada Di Seremban!

gempak
Azwa Rahman
25/02/2021
13:27 MYT
Sponsor Banner
#TravelMana: Tak Perlu Pergi Jauh Sampai Arizona, ‘Grand Canyon’ Pun Ada Di Seremban!
Keindahan bukit batuan Grand Canyon bukanlah satu perkara baru apabila ia menjadi lokasi wajib lawat jika anda berkunjung ke Amerika Syarikat.
Namun dengan situasi pandemik yang menyukarkan perjalanan ke luar negara membuatkan kita berpeluang menikmati keindahan negara sendiri.
Tak perlu pergi jauh rupanya kalau anda nak merasai pengalaman berada di Grand Canyon.
Terletak di Seremban, kawasan Bukit Bal dengan ketinggian 230 meter ini merupakan kawasan pendakian yang menjadi kegemaran ramai kaki adventure melakukan aktiviti riadah.
Menerusi perkongsian Nad Zirah di laman Facebook, kawasan ‘Grand Canyon Seremban’ ini boleh diakses melalui Seremban 2 dan Sendayan
Pendaki hendaklah buat persiapan sewajar seperti peralatan, pakaian dan sebagainya bagi memastikan keselamatan serta mendaki secara kumpulan.
Tidak digalakkan untuk mendaki secara seorang diri, pasang dulu impian untuk menjejaki Bukit Bal di Seremban selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.
Kredit foto: Nad Zirah
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024