Pencinta haiwan mungkin pernah mendengar kisah seekor kucing jalanan yang akhirnya berkhidmat sebagai penjaga sebuah stesen kereta pi di Jepun.

Kucing tersebut adalah Tama, yang digelar sebagai ‘Train Master’ di Stesen Kishi di bandar Kinokawa.

Walaupun Tama tidak banyak melakukan 'kerja' sepanjang hari namun dia telah meningkatkan penggunaan kereta api di kawasan tersebut secara mendadak.

Stesen Kishi di bandar Kinokawa yang merupakan hentian terakhir Landasan Elektrik Wakayama sejak tahun 2007 lagi.

Sebelum Tama bekerja sebagai Train Master, syarikat kereta api tersebut kehilangan hampir RM 16.8 juta setahun kerana penurunan bilangan penumpang. Hal ini mungkin berikutan orang lebih gemar memandu atau menggunakan kaedah pengangkutan lain.

Selepas pekerja terakhir berhenti pada tahun 2006, Tama merupakan satu-satunya pekerja yang masih berkhidmat di stesen itu.



Apabila orang ramai mendengar kisah kucing yang terkenal itu, penjualan tiket kereta api menunjukkan peningkatan yang tinggi sehingga fenomena itu digelar sebagai ‘Kesan Tama’.

Sejak Tama menjadi 'bintang' di Stesen Kishi, semakin ramai orang yang datang ke stesen itu kerana ingin membeli tiket daripada kucing comel itu.

Malah, landasan kereta api itu yang merupakan pengangkutan asas kini menjadi destinasi utama pelancongan di bandar Kinokawa.

Tarikan yang dimiliki Tama membuatkan pelancong di seluruh dunia ingin melihatnya dengan lebih dekat.

Disebabkan pengunjung dan pelancong membayar untuk melihat Tama, syarikat kereta api yang hampir muflis itu menerima lebih daripada RM40 juta.

Walaupun kedengaran seperti tidak masuk akal tetapi itulah jumlah yang dibayar orang ramai yang ingin bertemu Tama.

Bukan itu sahaja, terdapat kedai cenderamata yang menjual replika Tama di Stesen Kishi. Pihak pengurusan Stesen Kishi menjual pelbagai barangan daripada baju sehingga patung Tama.

Sekitar 2009, Tama menjadi sangat popular sehingga syarikat kereta api itu melancarkan kereta api khas versi kartun Train Master haiwan itu yang dinamakan Tama Densha.

Pada Januari 2010, Tama secara rasminya dinamakan sebagai Pegawai Operasi Stesen Kishi. Kejayaan ini menjadikan Tama sebagai kucing pertama yang dilantik sebagai eksekutif di sebuah syarikat perkhidmatan kereta api.

Tama kemudian diberikan dua kakitangan baru sebagai pembantunya dalam melakukan tugas seharian yang merupakan dua ekor kucing diberi nama Chibi dan Miiko.

Malangnya, Tama menghembuskan nafas terakhir pada tahun 2012 akibat sakit tua. Kucing yang hidup selama 16 tahun itu telah melalui satu kehidupan yang sangat cemerlang.

Dikhabarkan juga hampir 3,000 orang telah menghadiri upacara pengebumian kucing tersebut.

Kini, jawatan Tama sebagai Train Master di Stesen Kishi itu telah digalas oleh seekor kucing yang diberi nama Nitama.

Apapun, tahukah anda si comel kesayangan anda juga sebenarnya boleh menikmati manfaat insurans seperti insurans manusia?

Menerusi Oyen Pet Insurance, anda bakal mendapat perlindungan yang pantas, tuntutan yang mudah dan nilai perlindungan tinggi.

Ketahui lebih lanjut tentang tawaran Oyen Pet Insurance. Setiap pembelian, anda akan dapat hadiah istimewa pouch Oyen.