Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#TravelMana: Tambang Kereta Api Tenom RM1.20 Sehala, Percutian Gadis Ini Ke Sabah Tular! - “Boleh Bau Angin Segar”

Azwa Rahman
20/05/2022 14:37 MYT
Keindahan negeri Sabah tidak perlu diperkatakan lagi apabila terkenal dengan kepelbagaian destinasi pelancongan seperti laut, gunung-ganang dan alam semulajadi.

Menerusi laman sosial Twitter, tular foto-foto memukau percutian seorang gadis yang dikenali sebagai Asmaa Roslan, 25, ke negeri di bawah bayu.

Berasal dari Pahang, Asmaa bersama temannya melancong ke negeri Sabah semasa habis waktu belajar.

Menurut Asmaa, dia membelanjakan hampir RM1,500 untuk percutian selama seminggu ke Sabah termasukkan tiket kapal terbang, penginapan dan duit makan.

Apa yang menjadi perhatian ramai adalah lawatannya ke daerah Tenom dengan menaiki kereta api tradisional yang tersenarai di dalam bucket list ramai kaki travel.

Terkenal dengan pemandangan di kiri dan kanan perjalanan, pengalaman menaiki kereta api di kawasan pedalaman Sabah antara yang wajib dicuba.

“Tambang naik kereta api tu murah sangat, RM1.20 untuk sehala. Jadi saya amik return je tak stop mana mana pun sebab memang nak menikmati nature

“Naik train dalam pukul 7:00 atau 7:30 pagi macam tu. Saya naik di stesen tenom dan perjalanan dia dari Tenom - Pangi - Rayoh dan saya return pada hari yang sama,” ujarnya kepada Gempak.

Mengakui keindahan negeri Sabah dan banyak lokasi percutian yang belum diterokai, ini kali kedua Asmaa menjejakkan kaki ke negeri tersebut.

“Negeri sabah cantik, luas banyak tempat menarik tapi tersembunyi sebab ramai yang taknak explore. Kalau nature tu macam saya naik kereta api dalam hutan tu boleh bau angin segar dia.

“Dari segi culture pun seronok tengok macam dekat kereta api tu, kat sana banyak penduduk kaum Murut. Mereka bawa hasil nak jual naik kereta api tu contohnya bawak pisang,” jelasnya lagi.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sementara iti di ruangan komen, rata-rata wargamaya teruja melihat foto-foto pemandangan dan situasi di dalam kereta api tersebut.

“Macam hindustan,” komen seorang wargamaya.

“Cantik sebenarnya Malaysia ni. Kita ni je kadang-kadang terlalu pandang ke luar, padahal di sini jauh menyenangkan. Alhamdulillah, terima kasih Allah untuk Malaysia,” tulis seorang wargamaya.

Aaaa bucketlist. I want to go here someday,” kata seorang wargamaya.

“2012 pertama kali ke Sabah dan jatuh cinta. Masa ni nak rafting dekat Sungai tenom. Suka tengok train ni sebab nampak klasik. Pakcik makcik naik bawa ayam hidup lagi. Siap stop tengah railway nak pickup or turunkan orang. View perjalanan memang subhanallah, puas mata memandang,” puji seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian daripda Asmaa telah menerima hampir 13,000 tanda suka daripada warga Twitter.
#Travelmana #Kereta api Tenom #Negeri Sabah
;