Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#Travelmana: Teroka Dunia Safari! AirAsia X Bakal Terbang Ke Kenya, Afrika Mulai 15 November 2024

Amri Hassan
03/07/2024 05:55 MYT
AirAsia X (AAX) meraikan pencapaian baharu dengan pengumuman pelancaran laluan ke Nairobi, Kenya di benua Afrika.

BERITA TRENDING: #TRAVELMANA: Bangunan Unik, Pantai - Ini Lima Tarikan Best Di Barcelona, Siap Jadi Lokasi Penggambaran Filem!

Penerbangan pertama yang dijadualkan pada 15 November 2024 ini bakal menjadikan AAX sebagai satu-satunya syarikat penerbangan tambang rendah di Malaysia yang menawarkan sambungan udara secara terus ke destinasi menakjubkan ini.

Pelancaran ini selari dengan permulaan kukuh syarikat penerbangan tersebut pada tahun ini yang telah mencatatkan prestasi kewangan dan faktor muatan tinggi serta meneraju pasaran menerusi rangkaian luas.

A post shared by Fly AirAsia (@flyairasia)


Pada bulan Mac tahun ini, AAX juga telah memperkenalkan laluan baharu ke Almaty, Kazakhstan yang merupakan laluan pertamanya ke Asia Tengah.

BERITA TRENDING: #TRAVELMANA: Istana Gyeongbokgung Korea Akan Dibuka Untuk Lawatan Malam Mulai Mei Ini

BERITA TRENDING: #Travelmana: A Villa By A River... Villa Nur Jannah Tarikan Baharu Di Janda Baik!

BERITA TRENDING: #TRAVELMANA: Jom Mabuk Lampu Di Melaka! Layan 1.4 Juta LED Di Pesta Lampu Terbesar Malaysia


Laluan ke Nairobi bakal menjadi rangkaian penting dalam menghubungkan Asia ke Afrika, seterusnya menggalakkan hubungan perdagangan, pelancongan dan perniagaan yang lebih kukuh di rantau ini.

Dengan memudahkan perjalanan udara secara terus antara Kuala Lumpur dan Nairobi, syarikat penerbangan ini bakal meningkatkan kesalinghubungan dan merangsang peluang ekonomi bagi kedua-dua buah negara.

AAX juga akan menawarkan penerbangan sambungan menerusi perkhidmatan Fly-Thru untuk menghubungkan Kenya ke 130 destinasi di seluruh Asia Tenggara, Asia Utara, Asia Tengah, dan Australia dengan pilihan perjalanan berpatutan dan mudah di samping memperkukuh komitmen terhadap kesalinghubungan global.



Sempena pelancaran laluan baharu ke Afrika ini, para penggemar aktiviti lasak di seluruh dunia dan pencinta alam semula jadi boleh menikmati pengembaraan di Kenya dengan tempat duduk PERCUMA* antara Kuala Lumpur dan Nairobi.

Tambang promosi ini boleh ditempah melalui aplikasi AirAsia MOVE (dahulu dikenali sebagai airasia Superapp) mulai hari ini sehingga 14 Julai 2024 untuk tempoh perjalanan antara 15 November 2024 dan 8 Oktober 2025.

Nairobi merupakan ibu kota Kenya dan mempunyai pemandangan memukau sejauh mata memandang. Ia merupakan destinasi safari untuk melihat hidupan liar seperti Badak Sumbu Putih dan pelbagai jenis fauna di Masai Mara.

Bandar ini juga merupakan sebuah metropolis yang meriah serta menawarkan tarikan budaya dan hidangan lazat daripada pelbagai budaya dan tradisi.

Jadual Penerbangan antara Kuala Lumpur (KUL) dan Nairobi (NBO):

#Gaya Hidup #Afrika #Travelmana #Air Asia X #Kenya #Badak Sumbu #Safari
;