#TravelMana: Tiada Lagi Port OOTD Lawa Berwarna-Warni, Pulau Jerejak Ditutup Sepenuhnya
Azwa Rahman
21/01/2022 09:26 MYT
21/01/2022 09:26 MYT
Pada suatu masa dulu, Pulau Jerejak digelar Alcatraz Malaysia berikutan pernah dijadikan penempatan tahanan perang, selain menjadi lokasi pengasingan bagi pesakit kusta dan tuberculosis (TB).
Sejarah itu menjadikan lokasi berkenaan terus dikenali sebagai kawasan hitam, malah kisah misteri dan seram yang sering dimomokkan menyebabkan pulau itu terus sepi.
Namun sekitar tahun 2020, Pulau Jerejak dibangunkan semula dengan adanya Jerejak Island Resort yang dibina pada tahun 2018.
Istimewanya lagi, pulau yang boleh diakses menggunakan bot ini menerima kunjungan ramai pengunjung dalam dan luar Pulau Pinang untuk merasai sendiri pengalaman berada di situ.
Tetapi semuanya tinggal kenangan apabila pulau ini telah ditutup sepenuhnya pada bulan Disember tahun lalu.
Memetik laporan portal Libur, hanya terdapat papan tanda tertera pulau tersebut ditutup sepenuhnya namun tiada penjelasan lanjut dihuraikan bagi menyokong penutupan tersebut.
Nampaknya semua tarikan seperti mendaki, memanah, berkayak, berenang, berbasikal, bermain 'paintball', memancing, lokasi cantik bergambar hanya tinggal kenangan.
Malah, pulau bersejarah yang hanya mengambil masa kira-kira 10 minit menaiki bot dengan harga RM22 seorang dari jeti juga terbiar sepi tanpa sebarang berita.
Buat mereka yang pernah menjejakkan kaki ke pulau ini sewaktu kecantikan pulau ini menjadi buah mulut orang ramai, tahniah.
Tapi bagi mereka yang belum berkesempatan melawat pulau ini, diharapkan ada sinar dan harapan baru untuk pulau ini ‘dihidupkan semula’ sebagai satu tarikan pelancongan di Pulau Pinang.
Kredit foto: Libur dan The Smart Local