Insiden kepala air dan tanah runtuh gara-gara hujan berterusan yang berlaku di Yan, Kedah baru-baru ini sangat mengejutkan rakyat Malaysia.

Kawasan yang terlibat dengan kemusnahan tersebut termasuklah Pusat Rekreasi Titi Hayun, sebuah lokasi percutian penduduk sekitar negeri Jelapang Padi.

Pusat Rekreasi Titi Hayun terletak hampir 3 km dari Pekan Yan atau 40 km dari Alor Setar Kedah.

Sebelum tragedi kepala air yang meragut nyawa berlaku, destinasi ini sering menjadi pilihan pengunjung untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga.

Terdapat sebuah jambatan gantung yang dikenali sebagai Titi Hayun menjadi tarikan utama pengunjung untuk mengabadikan foto kenangan.

Selain jambatan gantung, antara kemudahan yang terdapat di tapak percutian ini termasuklah chalet, gerai makanan, tempat letak kenderaan, wakaf, surau, dewan terbuka, chalet, asrama dan tandas.

Di laman sosial Twitter, ramai wargamaya meluahkan rasa sedih mereka melihat keadaan banjir besar yang menimpa pusat rekreasi ini.

Tolong doakan orang-orang dekat Yan, Kedah selamat dan baik-baik saja. Kalini banjir teruk! Air melimpah dari Gunung Jerai. Harap budak-budak tak mandi dan cepat berteduh. Titi Hayun tu dah la ramai pernah mati,” komen seorang wargamaya.

Doakan orang Yan. Pekan Yan naik ayaq sampai lutut dah,” mohon seorang wargamaya.

Titi hayun tu dari zaman my grandparents, my mom and me. Now takda dah,” luah seorang wargamaya.

While this video was taken at Air Terjun Titi Hayun Yan, Kedah. About 2.5km from Sri Perigi. Can’t imagine what’s going on there. Hope nothing serious happens to villagers,” kata seorang wargamaya.

My prayers are with those affected in yan, titi hayun etc. I feel so sad knowing that i can't do anything to help tho i live in Kedah too- just different part of it,” ujar seorang wargamaya.

Titi Hayun. Twice we went there for a picnic. Truly a nice place,” tulis seorang wargamaya lagi.

Terkini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah masih meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) untuk mencari dua lagi mangsa yang masih hilang.

Setakat ini, empat mangsa dalam tragedi di Gunung Jerai dan Titi Hayun sudah ditemukan manakala dua lagi masih hilang.

Kami di Gempak mendoakan agar semua urusan mencari dan menyelamat dipermudahkan dan salam takziah buat keluarga mangsa.