Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#TravelMana: Walaupun Dilanda Gempa Bumi, Pekan Baru Menjadi Lokasi Percutian ‘Underrated’. Rupanya Banyak Tempat Menarik!

Azwa Rahman
25/02/2022 11:09 MYT
Bandar Pekan Baru di Indonesia hari ini tular apabila satu gempa bumi berskala 6.2 berlaku.

Gempa berlaku pada 17 km ke timur laut Pasaman Barat pada kedalaman 10 kilometer itu menyebabkan beberapa kawasan di Lembah Klang, termasuk Kuala Lumpur, Shah Alam, dan Cyberjaya merasai gegarannya.

Namun tahukah anda bahawa Pekan Baru merupakan satu destinasi percutian yang ‘underrated’ di negara jiran kita.

Menjadi bandar terbesar di wilayah Riau, Pekanbaru yang digelar sebagai Kota Bertuah ini menjadi tarikan ramai pelancong terutamanya penduduk tempatan.

Apa yang menarik di Pekan Baru? Mari semak senarai yang Gempak sediakan.

1. Riau Fantasi



Riau Fantasi ini merupakan hasil gabungan dari Labersa Theme Park dan Labersa Waterpark sekaligus menjadi ia taman tema air terbesar di Sumatera.

Tarikan utamanya sudah pasti lima jenis kolam dengan tema dan kedalaman yang berbeza malah papan luncur juga disediakan dengan pelbagai jenis bentuk untuk keseronokan pengunjung.

2. Istana Siak Sri Indrapura



Istana Siak dahulunya menjadi pusat pemerintahan Kesultanan Siak dan menjadi saksi berkembangnya ajaran Islam di Tanah Riau.

Istana tersergam indan di Pekan Baru ini didirikan pada tahun 1889 oleh Sultan Syarif Hasyim Abdul Jalil Syaifudin. Gabungan struktur luar dan ruang di dalam istana yang bercirikan eropah, arab dan melayu amat mengagumkan.

3. Rainbow Hills Rembau



Bukit berwarna-warni ini menjadi tumpuan ramai kerana ia mirip dengan Rainbow Mountain yang terletak di Peru.

Bukit pelangi ini sebenarnya adalah lembah kecil beraneka warna yang terdiri daripada coklat gelap, jingga, kekuningan dan merah jambu.

Bukit ini pertama kali diperkenalkan oleh seorang blogger bernama Marischka Prudence. Bukit ini sering menjadi destinasi anak muda bagi tujuan bergambar.

4. Danau Lembah Sari



Pada asalnya, danau ini digunakan sebagai bendungan untuk mengalirkan air ke sawah. Namun, suasana yang tenang dan damai berlatar belakangkan flora yang kehijauan menjadikan tempat ini sesuai untuk berkelah.

Bukan sahaja berkelah, perkhidmatan menyewa perahu dayung dan bot untuk bersiar siar di sekitar danau juga disediakan. Jika ke sini, jangan lupa singgah di warung sekitar untuk mencuba makanan tradisi Pekan Baru iaitu Sup Tunjang.

5. Perpustakaan Seoman H.S



Bertemakan seni bina futuristik moden, reka bentuk Perpustakaan Seoman H.S cukup unik kerana ia menyerupai rehal yang menjadi tempat letak Al-quran.

Pengunjung tidak dikenakan sebarang bayaran dan anda boleh menikmati pelbagai kemudahan seperti sofa, penghawa dingin serta akses internet secara percuma yang disediakan. Kalau mahukan trip anda lain daripada yang lain, bolehlah singgah.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG), gegaran ini menyebabkan banyak kawasan mengalami kerosakan teruk namun tidak akan menyebabkan tsunami.

Memantau keadaan terkini di Pekan Baru, kami mendoakan agar semua urusan mereka yang terjejas dipermudahkan.
#Travelmana #Gempa bumi Indonesia #Pekan Baru #Pelancongan Pekan Baru
;