Laman Utama

#Travelmana: Wanita Hamil Selepas Mandi Di Tasik Dayang Bunting, Netizen Beri Pelbagai Reaksi - “Elok Berendam Atau Minum..”

gempak
Azwa Rahman
14/05/2022
03:29 MYT
Sponsor Banner
#Travelmana: Wanita Hamil Selepas Mandi Di Tasik Dayang Bunting, Netizen Beri Pelbagai Reaksi - “Elok Berendam Atau Minum..”
Tasik Dayang Bunting merupakan salah satu destinasi tujuan popular bagi pelancong setiap kali menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi.
Dalam perjalanan ke tasik ini, pelancong akan melihat bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala, dada dan perut yang sedang hamil.
Oleh sebab itulah tasik ini dikatakan mempunyai magis untuk wanita-wanita yang mengimpikan untuk berbadan dua.
Terbaru, tular video seorang pengguna yang berkunjung ke tasik legenda tersebut sebagai usaha untuk mendapatkan zuriat.
Menerusi platforn TikTok, pengguna tersebut memaklumkan dia terjun dan berendam ke dalam tasik tersebut.
Walaupun dalam keadaan hujan, pengguna tersebut memakai jaket keselamatan.
Dalam pada itu, pengguna tersebut berkongsi berita gembira bahawa dia disahkan hamil seminggu selepas pulang daripada percutian di Langkawi.
“Balik dari sini (Tasik Dayang Bunting), seminggu lepas tu saja test. Alhamdulillah lekat seorang baby Langkawi,” tulisnya di dalam video.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya menyangkal dakwaan wanita tersebut hamil disebabkan berendam di dalam tasik legenda itu dan semuanya kerana di atas keizinan Allah SWT.
Namun, tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman dikurniakan rezeki hamil selepas mereka berkunjung ke tasik tersebut.
“@H@N@:syirik pecaya benda gitu..tapi kalau pregnant maknanye tu dgn keizinan Allah..bukan asbab berendam dalam tasik tu..jangan sampai terpesong akidah.”
“@Syazwanie Chenan II:Saya nak dekat setahun tak mengandung, pergi sini ikut petua minum sikit iktihar alhamdulillah balik mengandung .. kuasa Allah.”
“@ Saza_Infineez :Sebenarnya dari segi sains kandungan mineral dalam air laut situ. kemungkinan membantu. Bila Allah dah bagi, dia uji iman kita. Kita percaya tasik tu yang bagi anak.”
“@Ayishh Ahmad:penduduk situ pon kata begitu. kalau yang Pregy elok ke tengah tasik minum air dan selawat. Tapi jangan ambil air tu dan bawa pulang khasiat tak sama.”
“@.:nk mandi sini boleh. niat dalam hati ikhtihar. kalau berjaya, dalam hati sebab kuasa Allah. Tapi kalau terdetik hati tasik ni power, tu boleh syirik.”
“@majenahjenahmanjah!:mitos sis. Tahu kenapa lekat? 1 : izin Allah 2: mood awak tengah bercuti so takde stress hormone happy tu ada dalam diri. Senang lekat.”
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 800,000 tontonan daripada warga TikTok.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live