Tengok orang lain holiday, kita pun nak sama nak bercuti tapi ada sahaja halangan yang datang dan salah satu daripadanya adalah kekangan kewangan.

Kalau ada yang merancang untuk membawa orang tersayang bercuti hujung tahun ini, tak kirakah dalam negara atau jauh beribu batu, masih belum terlambat untuk mereka yang mahu mulakan aktiviti menabung!

Kalau rasa susah betul nak menabung tu, kini ada cara mudah yang jika anda buat secara konsisten, anda boleh dapat sehingga ribuan ringgit menjelang hujung tahun ini.

Menerusi laman sosial Facebook, seorang wanita berkongsi tips dan cara mudah untuk anda menabung.

Dilabel sebagai simpanan cara sempoi, asalkan tak buatkan poket anda koyak serta terpaksa berikat perut, jom cuba cara ini:

TIPS SIMPAN DUIT CARA SEMPOI:

RM1 - Setiap hari masuk dalam tabung. Total setahun genapkan RM400

RM5 - Simpan setiap minggu dua keping. Total genapkan setahun RM500

RM10 - Simpan setiap minggu dua keping. Total setahun genapkan RM1000

RM20 - Simpan setiap bulan dua keping. Total setahun genapkan RM500

RM50 - Simpan ikut bulan genap (Feb, April, Jun, Ogos, Oktober, Disember) Total setahun RM300

RM100 - Simpan ikut bulan ganjil (Januari, Mac, Mei, Julai, September, November) Total setahun RM600

TOTAL keseluruhan setahun: RM3,300

Dah nampak gambarannya? Anda boleh cuba gunakan tips ini bermula hari ini.

Hujung tahun dengan hasil simpanan tersebut, bolehlah pergi bercuti ambil angin dan tenangkan fikiran.


Sumber: Facebook Safura Planner