Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Traveloka Mempersembahkan Swiss Dream Circus, Kembali Lagi Dengan Edisi Yang Ke-5, 5 Tarikan Yang Tak Patut Anda Lepaskan!

Amri Hassan
20/08/2019 00:43 MYT
Sebut sahaja sarkas pasti anda akan terlintas aksi-aksi akrobatik, trapez, kemunculan badut, bunga api dan pelbagai lagi kemeriahan.

Sebut saja sarkas pasti terbayang memori indah zaman kanak-kanak ketika menyaksikan pertunjukan bersama keluarga tercinta.

Jadi, apa salahnya kalau anda membawa pula anak-anak tersayang melakar memori indah bersama Swiss Dream Circus yang kembali ke Kuala Lumpur untuk tahun kelima.

Jom kami kongsikan lima tarikan Swiss Dream Circus yang anda tak patut lepaskan tahun ini!

1. Jeanin Eggenberger – Trapez (Switzerland)

Bintang sarkas muda itu telah mendapat latihan dari pusat sarkas moden Cirque du Soleil di Montreal, Kanada.

Sejak itu, Jeanin sering mencuri tumpuan menerusi pelbagai aksi akrobatik penuh lincah dan mendebarkan dalam acara hebat seperti Carnegie Hall (New York), kapal persiaran Royal Caribbean dan Germany's Got Talent.



2. Andrei - Pogolerov (Rusia)

Andrei sebati dengan dunia sarkas sejak kecil dan sering melakukan lagak berbahaya.

Bukan hanya berbakat sebagai 'wire artist', Andrei juga hebat beraksi di 'wheel of death'.

Melompat dari ketinggian 9 kaki, ia pasti mencabar adrenalin audiens!



3. Zac Tomlison – Jump rope (Amerika Syarikat)

Zac perna menjuarai beberapa kejohanan dunia membabitkan rutin sukan menggunakan tali.

Memulakan langkah bersama Swiss Dream Circus sejak musim sejuk tahun lalu di Zurich, anda pasti terpukau dengan aksi lompatan tali Zac.



4. Stanislav Vysotskyi – Juggler(Ukrain)

Selepas 21 tahun menjadi penjugel, Stanislav turut mengembangkan kemahiran menjugel dengan menggunakan kaki!

Anda pasti terpesona dengan aksi menjugel empat biji bola dengan hanya sebelah kaki.



5. Elena Sanders – Contortion (Costa Rica / Amerika Syarikat)

Elena mahir dalam teknik aerial straps, lenturan badan dan hula hoops.

Dalam Swiss Dream Circus, Elena bakal memukau audiens dengan aksi lentik lenturan badan.

Malah, Elena juga mampu memanah hanya menggunakan kaki!



Banyak lagi aksi dan pertunjukan luar biasa yang akan dipertontonkan dalam Swiss Dream Circus.

Jadi, jangan lepaskan janji temu bersama Swiss Dream Circus di Desa Park City, Kuala Lumpur bermula 30 Ogos hingga 22 September ini.

Tiket berharga RM49 hingga RM199 boleh didapati menerusi laman ticketing exclusive dari Traveloka atau laman sesawang www.swissdreamcircus.com
#Gaya Hidup #Traveloka #Swiss Dream Circus
;