Travis Scott Trending Di Twitter, 8 Terkorban Ketika Persembahannya Di Festival Astroworld
Asraf Aided
07/11/2021 06:40 MYT
07/11/2021 06:40 MYT
Kematian lapan orang pengunjung Festival Astroworld 2021 pada Jumaat mengejutkan orang ramai.
Memetik laporan XXL, dua dari lapan yang maut adalah remaja yang berusia 14 dan 16 tahun.
Menurut Datuk Bandar Houston, Sylvester Turner, kejadian itu berlaku kerana para penonton berasak ke bahagian depan pentas hingga menyebabkan kejadian yang tidak diingini.
"Perkara ini akan terus disiasat, kami mahu jadi sangat sensitif kepada keluarga-keluarga mangsa.
"Kita bercakap tentang mereka yang berusia 14, 26, 21, 23 dan 27 tahun, sudah tentu kita harus sensitif," kata beliau dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Sementara itu, seorang kanak-kanak berusia 10 tahun juga dilaporkan cedera parah ketika festival berkenaan.
Seperti yang dilaporkan media antarabangsa, para penonton mula berasak ke bahagian depan pentas ketika Travis Scott mengadakan persembahan sekitar jam 9.15 malam.
Pada tengahari Sabtu, Scott mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.
"Saya mendoakan keluarga-keluarga mangsa dan mereka yang terkesan di Festival Astroworld.
"Saya komited untuk bekerjaama dengan komuniti Houston untuk membantu keluarga yang memerlukan," katanya.
Ketika artikel ini ditulis, nama Travis Scott juga trending nombor tiga di Malaysia memandangkan ramai wargamaya membincangkan isu terbabit.
Sumber: xxlmag.com
Kredit Foto: Page Six
***Dapatkan berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.
Kredit Foto: Page Six
***Dapatkan berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.