Baru-baru ini, kecoh di laman TikTok apabila seorang wanita mendakwa menjalinkan hubungan dengan suami orang dan mengucapkan selamat hari raya sambil menunggu kepulangannya dari kampung.

Terkini, satu lagi trend menyorot perhatian netizen apabila seorang individu lelaki dipercayai mencetuskan pertanyaan apakah wanita pilihan pengguna TikTok yang lain.


Menerusi perkongsiannya, individu berkenaan menulis: “Anak dara, isteri orang, janda” dan rata-rata membalas untuk memilih isteri orang.

Perkara tersebut menimbulkan rasa gusar dalam kalangan netizen, khususnya pengguna Twitter.

“Haritu pemburu suami orang, kali ni pemburu isteri orang pulak. Rosak society kita.”

“Ni namanya perosak-perosak rumah tangga dah bergerak aktif tanpa fikir dosa.”

“Laki dengan perempuan sama naik je, semua dicipta berpasangan, contoh b*bi jantan dengan b*bi betina.”

“Dunia akhir zaman. Sebab ni lah takut nak tengok TikTok. Kadang ada benda yang kita tak sangka dah jadi benda biasa dalam society kita. Tak tahu nak cakap apa dah, pokok pangkal solat. Kalau orang yang jaga solat dia tau mana yang betul mana salah.”

Dalam pada itu, akaun Twitter dakwah popular, @Muzuzxck turut memberi respons terhadap isu berkenaan.

“Wallahi, ini adalah suatu dosa yang besar. Mereka yang sudah mempunyai pasangan suami atau isteri tetapi masih mencari pasangan yang lain atas jalan yang haram, inilah haram yang nyata. Lihat jelas dari hukuman terhadap orang berzina, bagi yang belum berkahwin disebat 100 kali.

“Adapun bagi orang yang telah berkahwin, namun berzina maka direjam sehingga mati. Jelas melalui Surah Al-Nur ayat 2. Saya mohon semua yang terlibat supaya bertaubat dengan segera, begitu juga yang menyokong atau membuat gurauan atas perkara ini. Bertaubatlah sebelum terlambat.

“Bukanlah kita nak katakan bahawa ‘oh maknanya orang yang belum kahwin baik sikit dari yang dah kahwin tapi berzina’, bukan begitu. Keduanya adalah dimurkai oleh Allah. Maka kita kena ambil perhatian apatah lagi disiarkan begini luas di TikTok. Na'uduzbillah.