Trend Influencer 'Tayang' Ibadah Di Makkah, Ustaz Mursyid Abu Hassan; "Mungkin Dengan Posting Dia, Beri Hidayah Kepada Orang Lain"
Amri Hassan
25/05/2023 05:35 MYT
25/05/2023 05:35 MYT
"Hidayah itu milik Allah. Kita orang Islam tak boleh hukum hati orang lain," demikian ulas pendakwah merangkap Pengarah Urusan Mursyid Alharamain Travel & Tours Sdn. Bhd. (MATTSB), Ustaz Muhammad Mursyid Abu Hassan mengenai tularnya tindakan influencer berkongsi posting di tanah suci Makkah ketika mengerjakan ibadah umrah ketika ini.
Jelas Muhammad Mursyid, Islam tidak mengajar umatnya untuk menilai tindakan seseorang individu itu dengan membuta-tuli.
"Kalau tangkap gambar kita tak boleh kata dia menunjuk, riyak. Islam suruh kita menilai apa yang kita nampak.
"Ada orang nampak gambar dia, sebabkan gambar itu elok orang itu pergi umrah. Tidakkah dia memberikan satu perkara yang baik kepada orang yang melihat?
"Dia (influencer) buat benda betul, doakan hidayah untuk dia. Bagi saya itu memang trend. Kalau misalnya influencer ke Makkah, semestinya dia itu muslim, dia masih orang baik. Ada lagi bahagian hidayah untuk dia peroleh.
"Kita tak boleh menilai orang yang pakai sekian-sekian, orang itu masuk neraka. Islam tak ajar macam itu. Dia pergi buat ibadah, kita kata ibadah dia tak sah sebab dia influencer duk tangkap gambar, tak boleh! Mungkin dengan video dia, beri hidayah kepada orang lain.
"Jadi, saya sarankan buat saja benda baik, orang nak kata menunjuk, buat saja. Istighfar, supaya syaitan tak kacau," katanya yang ditemui selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-10 MATTSB di Shah Alam baru-baru ini.
10 tahun sukses membina syarikat umrahnya bersama isteri tercinta, Intan Fairuz Ramli, Muhammad Mursyid punyai pelbagai perancangan besar termasuk niat murni menawarkan pakej umrah percuma kepada umat Islam yang sangat mengimpikan peluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci.
Peluang ini juga bagi meredakan kerisauan masyarakat dalam memilih agensi yang betul-betul sah dan berpengalaman berikutan akhir-akhir ini pelbagai isu membabitkan agensi umrah, termasuk kemelut isu agensi umrah yang ditarik balik lesen serta peningkatan kes penipuan umrah oleh agensi palsu atau tidak berdaftar.
Isu kenaikan harga juga menyebabkan ramai bakal jemaah terpedaya dengan pakej umrah murah dengan harapan dapat membuat penjimatan.

Buka restoran sendiri di Makkah & Madinah
Bagi Mursyid Alharamain Travel & Tours Sdn Bhd (MATTSB) yang mempunyai lesen penuh IOTU Inbound, Outbound, Ticketing, Umrah KPK/LN 7767 di bawah Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC), pihaknya sentiasa cakna dengan aduan pelanggan walaupun perkara itu dianggap remeh oleh sesetengah orang.
"Pada peringkat awal perkhidmatan, ada yang mengadu mereka tidak berapa suka dengan rasa makanan yang disediakan. Walaupun kami tidak dapat mengawal sepenuhnya perkara itu kerana penyediaan makanan ketika itu disediakan oleh pihak ketiga, tetapi kami mengambil aduan tersebut dengan serius”
"Kami ambil berat sebab kami memang hargai setiap jemaah. Malah kami berbesar hati apabila mereka sudi mengenali kami. Bagi kami, mereka bukan sekadar pelanggan tapi dah jadi macam keluarga. Seronok dapat raikan mereka. Satu kepuasan.
"Bertitik tolak dari maklum balas pelanggan juga kami berazam untuk mempunyai restoran dan katering sendiri supaya dapat mengawal kualiti makanan untuk jemaah.
"Alhamdulillah, selepas 10 tahun, kami berjaya membuka restoran dan katering sendiri di Makkah dan Madinah yang dinamakan Rasa Malaysia," ujarnya.
Hasil kejayaan dan reputasinya selama 10 tahun, MATTSB memenangi dua anugerah berprestij, IKON Brand Awards 2022 dan Business Sinar Harian Awards (BISA) 2023 yang membuktikan kepercayaan masyarakat dan industri dengan prestasi jenama Mursyid Alharamain.

Tawarkan umrah percuma!
Bercerita mengenai perancangan akan datang sempena Ulang Tahun Ke-10 MATTSB, beliau berkata selepas menceburi pelbagai perniagaan, beliau bercadang menceburi bidang perhotelan melalui syarikat baharu, Orak Villa & Resort.
"Kami dah lalui 10 tahun pertama, 10 tahun kedua kami membuat perancangan lebih besar pada peringkat korporat termasuk nak wujudkan kumpulan syarikat Mursyid Alharamain. Kami mahu menjadi seperti sahabat Rasulullah, Usman bin Affan yang juga hartawan yang membantu memperkasa ekonomi umat Islam.
"MATTSB juga menawarkan pakej umrah percuma sempena Ulang Tahun Ke-10 kerana kita ingin berkongsi kegembiraan dan rezeki yang dikurniakan Allah sehingga dapat bertahan dan berkembang maju sehingga sekarang,” katanya.
Bagi yang mahu merebut peluang mendapat pakej percuma, pembaca perlu membuat hantaran video atau coretan kenapa anda layak memenangi umrah percuma dan kongsikan di media sosial masing-masing dengan tanda pagar #umrahpercumamursyid dan #mursyidalharamaintravel.
Anda juga perlu memastikan hantaran itu mendapat ‘Like’ sebanyak mungkin selain perlu ‘Like’ dan mengikuti
semua laman sosial Mursyid Alharamain, Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sosial Mursyid Alharamain atau laman web www.mursyidalharamain.com atau hubungi +60 11 1609 5176.