Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Trend Langgar Bahu, Didakwa Check-In Bilik Asing Ketika Bercuti Dengan Akhyar, Ini Jawapan Eyka Farhana!

Izwan Isa
09/06/2023 02:50 MYT
Nama pelakon Eyka Farhana kembali dicuit netizen apabila video ‘terlanggar bahu’ bersama pemain bola Akhyar Rashid yang viral baru-baru ini dikongsi semula oleh satu akaun dengan pengikut yang besar di platform Twitter.

Menerusi hantaran berkenaan, pemilik akaun dengan nama Amran Fans itu berkata: Spesis cetek akal. Orang lain buat video langgar bahu jadi flashback masa kahwin, dapat anak.

BACA: Bersemutnya Eyka Farhana Sambut Hari Jadi Akhyar Rashid - "You Know I Love You So Much Kan..."

“Dia buat video langgar bahu terus flashback masa check in bercuti luar negara bilik asing-asing. Kalau bilik sekali pun bantal letak tengah buat penghadang,” tulis pemilik akaun berkenaan.

Menerusi ruangan balas, ramai mempertikaikan sebab utama pemilik Twitter itu menulis kapsyen sedemikian, selain ada yang menuduh ciapan tersebut sengaja dikongsikan untuk menarik orang ramai supaya menyebarkan fitnah.



Eyka ketika dihubungi Gempak enggan memberikan sebarang komen, sebaliknya meminta untuk melihat balasan ciapan yang telah ditinggalkan pada hantaran asal berkenaan.

“Ala jangan marah. It’s just for fun. Hehe chill,” katanya ringkas.

Terdahulu, Eyka Farhana sering dikaitkan dengan Akhyar dan kerap memuat naik kandungan di media sosial bersama-sama.

Namun baik Eyka mahupun Akhyar, masing-masing belum mengesahkan status hubungan mereka.

#Eyka Farhana #Akhyar Rashid