gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Air Mata Ariel Fesol Gugur, Syukur Diberikan Peluang Kedua - “Saya Datang Ke Sini Dengan Membawa…”
HIBURAN
Yatie Sedih Tak Dapat Bersama Feminin Di Konsert GenKRU - “Kalau Bukan Sebab…”
HIBURAN
Tak Ada Niat Hina Wanita Sudah Bercerai, Janna Nick Tampil Perjelas Isu ‘Perempuan Gila’ - “Saya Tahu Soalan Itu Sensitif Untuk Fattah Tapi…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

Trend 'Show Off' Bagi Parents Cash, Idris Khan Risau Jadi Mangsa Penjenayah - "Orang Tua Easy Target, Ramai Memerhati"

gempak
Amri Hassan
27/04/2021
04:50 MYT
Sponsor Banner
Trend 'Show Off' Bagi Parents Cash, Idris Khan Risau Jadi Mangsa Penjenayah - "Orang Tua Easy Target, Ramai Memerhati"
Pelakon Idris Khan menjelaskan dirinya tidak mempunyai sebarang masalah peribadi dengan pemilik video yang tular berkongsi kemewahan bersama ibunya seperti yang dikongsikan di media sosial baru-baru ini.
Jelas Idris, komen yang dituliskan mengenai perilaku individu dalam video terbabit bersifat umum dan menjadi lumrah dalam dunia sekarang.
"Pertama sekali saya tidak ada masalah atau personal issue dengan tuan empunya badan dalam video tersebut. Komen itu bersifat umum, kerana kerap kita lihat perkara ini berlaku sekarang.
"Jadi jangan serang atau nilai dia. Kami semua bukan sempurna dan sentiasa berusaha untuk menuju ke arah kebaikan.
"Hidup pada zaman sekarang, konsepnya adalah 'kalau kita tak post perkara itu tak berlaku'.
"Jadi ramai yang nak menunjuk setiap aspek kehidupan mereka, dari apa yang mereka makan, berada di mana, pasangan mereka, anak mereka, rumah, bilik, kereta, duit, ibadah, derma dan sebagainya. Dan ini juga berlaku sebab mereka mengejar likes dan views.
"Apa yang saya komen bukanlah pandangan saya sendiri tetapi pandangan dari segi agama. Bukankah agama mengajar untuk tidak menunjuk, tidak riyak dan apabila tangan kanan memberi tangan kiri tidak nampak," katanya.
Tambah Idris, komennya berdasarkan senario terbabit sebagai satu pesanan kepada orang ramai agar berhati-hati apabila memuatnaik video berkongsi kemewahan kerana ia bakal membuka jalan kepada penjenayah.
"Ada beberapa sebab kenapa bahayanya kita menunjuk cash sebegitu.
"Pertama, bukan semua orang senang macam kita, bila mereka tengok cash sebegitu mereka akan rasa down dan depressed sebab mereka hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
"Kedua, anda menjadikan diri anda target yang mudah untuk penjenayah. Telah berlaku banyak kes di mana individu yang gemar menunjuk kemewahan mereka dirompak dan dicederakan.
"Tambahan pula mempamerkan ibu anda juga di dalam video tersebut adalah sangat bahaya untuk dia. Orang tua merupakan easy target. Ramai yang memerhati," ujarnya.
Tegas Idris lagi, pesanannya itu sebagai peringatan kepada orang ramai termasuk dirinya sendiri.
"Saya bukan nak cari kesalahan orang, jauh sekali, saya seorang yang tidak suka menilai atau nak pass judgement pada orang.
"Kerana saya percaya semua orang ingin berusaha untuk menjadi lebih baik. Ini hanyalah peringatan untuk diri saya dan semua orang kerana lebih banyak bahayanya dari kebaikannya," ujarnya.
Terdahulu, Idris tampil menulis komen meminta agar mengentikan trend menunjuk-nunjuk memberikan duit cash di media sosial biarpun kepada ibu bapa sendiri.
Topic Berkaitan
#pelakon
#Viral
#Idris Khan
#Parents
#Cash
#Show Off
Must-Watch Video