Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Trending Isnin: Lana Nodin Gaduh Dengan Netizen? Aisar Baring Tengah Jalan & Dayang Nurfaizah Profesional

Izwan Isa
30/05/2022 21:50 MYT

Jom semak artikel mana yang menjadi trending sepanjang hari ni!

#1. Pelakon dan usahawan Lana Nodin tampil memperbetulkan skeptikal segelintir pengguna media sosial yang mengecamnya membuat roti tanpa memakai sarung tangan.

BACA: Buat Roti Tak Pakai Sarung Tangan, Lana Nodin Gaduh Lagi Dengan Netizen - "Mamak Uli Roti Canai Pun Mana Pakai ..."

#2. Terbaharu, menerusi sepotong video yang dikongsikan di TikTok, Aisar dilihat sedang merakamkan video terbaharu di tengah-tengah kesesakan ibu kota Kuala Lumpur.

BACA: Aisar Khaled Buat Hal Lagi… Demi Content, Sanggup Baring Tengah Jalan, Ganggu Lalu Lintas

#3. Penyanyi Dayang Nurfaizah mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap masalah teknikal yang dihadapinya sewaktu membuat persembahan di Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME2021) yang berlangsung malam tadi.

BACA: Masalah Teknikal Ketika Buat Persembahan, Netizen Puji Dayang Nurfaizah Handle Cara Pro! - “Pihak Saya Bertanggungjawab..”

#4. Kumpulan wanita popular, Dolla tampil memberikan reaksi terhadap pertelingkahan netizen di media sosial mengenai pemilihan artis tempatan untuk disiarkan di papan iklan digital gergasi Times Square New York.

BACA: "Bukan Kami Yang Letak Diri Sendiri" - Dolla

#5. Pelawak dan pengacara Jihan Muse akhirnya mendedahkan dirinya kini hamil enam bulan.

BACA: “Dapat Tahu Hamil Baby Kedua Masa Positif COVID-19” - Jihan Muse