Dunia media sosial khususnya di platform Twitter sejak semalam telah ‘dihujani’ dengan dua isu yang menjadi perbincangan hebat kebanyakan netizen.

Antara topik yang trending adalah cadangan pengeluaran wang akaun 1 caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam menangani krisis kewangan rakyat akibat pandemik COVID-19.

Ada yang bersetuju, namun tidak kurang juga membantah cadangan berkenaan.

Walaubagaimanapun, ramai netizen berpendapat pengeluaran itu sedikit sebanyak membantu golongan yang terkesan seperti individu yang hilang pekerjaan mahupun gajinya dipotong oleh majikan.

Malah, wang berkenaan sangat penting terutamanya buat golongan B40 dan M40.

Namun, terdapat juga yang melahirkan rasa bimbang jika wang tersebut disalah guna seperti untuk membeli model telefon pintar terbaharu iPhone 12.

Anda boleh lihat antara perbincangan dan pendapat netizen di bawah:


Untuk makluman, KWSP mendedahkan 71 peratus daripada ahli aktifnya mempunyai kurang daripada RM50,000 dalam simpanan mereka.

Menerusi laporan Astro Awani, Ketua Pegawai KWSP, Alizakri Alias berkata, berdasarkan kajian itu bermakna mereka hanya mempunyai RM208 sebulan jika mengambil kira 20 tahun kehidupan selepas bersara.

Sementara itu, antara topik hangat yang ‘membanjiri’ Twitter sejak semalam juga adalah berita mengenai pengacara Neelofa yang telah dirisik Pu Rizz.

Perkara itu disahkan oleh ibu pengacara Neelofa, Noorkartini Noor melalui muat naik foto dan kemas kini di akaun Instagramnya, semalam.

BACA: Neelofa Dan PU Rizz Bakal Mendirikan Rumahtangga, Ibu: "Insan Ini Dapat Membahagiakannya"

Biarpun ramai yang gembira dan mendoakan terbaik untuk Neelofa, namun ada juga yang ‘patah hati’ dengan berita berkenaan.

Beberapa jejaka dilihat meluahkan rasa sedih mereka kerana Neeofa memilih PU Riz sebagai bakal teman hidupnya.

“Why Neelofa, Why,” kata seorang netizen.

“Sedihnya Lofa pilih PU Riz,” kata seorang lagi netizen.



Difahamkan, pasangan itu bakal menikah sekitar Mac 2021.