Hiburan
Trending Twitter: Isu Air, Bandar Raya Subang Jaya & Ebit Lew Jadi PM?
Platform media sosial, Twitter sejak semalam telah dipenuhi dengan keluhan warga maya berhubung isu air.
Ketiadaan air di sesetengah lokasi di Selangor disifatkan sebagai masalah yang tiada kesudahan.
Namun, tinjauan di Twitter hari ini mendapati ciapan berkaitan isu air sedikit berubah apabila munculnya ‘hero tidak didendang’ Ustaz Ebit Lew.
Menerusi bahagian trending di Twitter, sebanyak 13,000 ciapan adalah berkaitan pendakwah bebas terkenal itu
Rata-rata netizen dilihat memuji sikap Ebit yang dikatakan lebih cekap membantu orang ramai berbanding wakil rakyat.
Malah, hampir kebanyakan ciapan mahukan Ebit Lew dilantik menjadi Perdana Menteri.
“Ustaz Ebit rakyat biasa yang ada kelebihan dari segi kewangan dan juga bekerjasama dgn pihak lain yang menderma.
“Dia bantu mana yang dia mampu, ke setiap ceruk rantau. kalau nak dia bagi solution, baik biar dia jadi PM,” kata seorang netizen.
Aku ingatkan Ustaz Ebit Lew bawa lori tangki saiz lori tangki Air Selangor tu. Rupanya lagi besar. pic.twitter.com/kzf2mW4cfv
— Datuk Jahat Hensem (@datukhensem) October 20, 2020
Selain itu, netizen di Twitter juga banyak melahirkan rasa syukur mereka apabila beberapa kawasan mula menerima bekalan air pagi ini.
Difahamkan, setakat jam 9 pagi tadi sebanyak 162 daripada 1,292 kawasan (13 peratus) telah menerima bekalan air, manakala 1,130 lagi kawasan masih terjejas.
Selain Ebit Lew dan isu air di Selangor, Subang Jaya juga trending sejak tengah hari tadi.
Majlis Perbandaran Subang Jaya hari ini diisytihar menjadi Majlis Bandaraya Subang Jaya.
Subang Jaya has been declared city status today (Oct 20, 2020), making it the 16th city in Malaysia.
Cities according to date chartered:
George Town (1/1/57)
KL (1/2/72)
Ipoh (27/5/88)
Kuching (1/8/88)
JB (1/1/94)
KK (2/2/00)
Shah Alam (10/10/00)
Melaka (15/4/03)
..continued— ? Jœ ? (@joekaosjr) October 20, 2020
Pengisytiharan itu dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Rata-rata netizen mengucapkan tahniah atas kejayaan berkenaan.
Bertambahlah senarai bandaraya di Malaysia!
Must-Watch Video