,
Laman Utama

Trending Twitter: Netizen Minta Menteri Agama Letak Jawatan, Ramalan Kes COVID-19 & Arahan Semula PKP?

Hanafis Haris
06/10/2020
10:12 MYT
Platform media sosial, Twitter hari ini, Selasa, berkemungkinan antara yang paling meriah apabila pelbagai ciapan (tweet) mengenai situasi COVID-19 di Malaysia sedang hangat diperkatakan netizen.
Berdasarkan pemerhatian Gempak, kebanyakan mereka mengambil peluang untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mengenai sikap segelintir individu khususnya ahli politik yang tidak menjalani kuarantin sebaik pulang daripada Sabah.
Malah, terma dan tanda pagar #klustermenteri sudah pun trending dan mula digunakan menerusi setiap perbualan mengenai COVID-19.
Selain itu, sejak jam 3 petang tadi, Twitter mula ‘dibanjiri’ dengan ciapan mengenai ramalan jumlah kes baru COVID-19 yang dikatakan bakal memecah rekod yang dicatatkan semalam.
Ramai diantara mereka yang mula membuat tekaan dan ramalan mengenai jumlah kes, ada yang mendakwa jumlah hari ini 898 kes dan tidak kurang juga meramal sebanyak 600 kes.
Namun, apa yang kurang enak dilihat, ada yang mula menyebar maklumat mengenai pecahan kes di setiap negeri, sekali gus mencetuskan rasa panik dalam kalangan netizen.
Sejauh mana kebenarannya, semuanya terletak pada sidang media yang bakal dilakukan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Jangan kongsi jika tak pasti!
*update*
Kes sembuh=87 Jumlah kes sembuh= 10,427 kes Kes positif= 691 (kes import=3, kes tempatan=688) Jumlah positif= 13,504 kes Kes kematian= 4 Jumlah kes kematian= 141 kes Kes dirawat di ICU= 31 kes Bantuan Alat Pernafasan= 8 kes pic.twitter.com/8T740OOt2Z— KKMalaysia?? (@KKMPutrajaya) October 6, 2020
Dalam pada itu, sejak pagi ini juga, terdapat beberapa individu secara lantangnya mendesak supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengundur diri daripada jawatan tersebut.
Kebanyakan posting mereka banyak menzahirkan rasa kecewa apabila Dr Zulkfili tidak memakai pelitup muka selain turut mengendahkan tanggungjawab untuk melakukan kuarantin selama 14 hari.
Lebih membimbangkan lagi, gambar berserta jadual menteri berkenaan yang bertemu orang ramai sebelum disahkan positif COVID-19 turut tular dan dikecam hebat.
Biarpun begitu, masih ramai yang mempertahankan Zulkifli dan menyifatkan tiada siapa yang lebih layak menggalaskan jawatan tersebut melainkan bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu sendiri.
Sehingga artikel ini ditulis sebanyak 24,000 ciapan berkaitan Zulkifli dan ia antara yang tertinggi!
Selain Zulkifli, nama Perdana Menteri kita Tan Sri Muhyiddin Yasin juga turut terpalit dalam perbualan di Twitter.
Dengan jumlah ciapan hampir 9,000 kebanyakannya membincangkan mengenai perutusan khas situasi semasa COVID-19 yang bakal diumumkan hari ini.
Ada yang yakin bahawa Muhyiddin akan mengumumkan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tidak kurang juga yang menganggap ia hanya sekadar ucapan terhadap kebimbangan kes di Malaysia.
Apapun sama-sama kita tunggu pengumuman berkenaan dan marilah berdoa supaya apa yang diramal hanya ‘halusinasi’ semata-mata.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kahwin Dengan Aslam Ketika Masih Belajar, Misya; "Dapat Anak Pertama, Berpantang Masa Internship"

gempak
03/03/2024
14:55 MYT
Umisya Mazlan mendedahkan dirinya pernah belajar di sekolah tahfiz.
Laman Utama

"Maggi Tu Saya Patah Dua, Satu Makan Breakfast, Satu Lagi Simpan Dinner" - Amir Ahnaf

gempak
15/04/2023
04:54 MYT
Cerita peritnya zaman PKP.
Laman Utama

Jatuh Sakit Sejak PKP, Wan Raja Susut 10kg- "Jika Tersalah Makan..."

gempak
05/04/2023
04:44 MYT
Wan Raja Kini Susut 10kg
Laman Utama

Ikuti Langkah-Langkah Mudah Ini Jika Anda Positif COVID-19 Pada Hari Mengundi

gempak
18/11/2022
10:50 MYT
Mudah sahaja
Laman Utama

Promosi Perniagaan Pengikut Media Sosial Tanpa Dipinta, Netizen Kenang Kemurahan Hati Adibah Noor - “Arwah Merupakan…”

gempak
20/06/2022
01:50 MYT
Murahnya hati arwah...
Unitar