Laman Utama
TRI.BE Kumpulan K-Pop Baru Universal Music, Padu Juga Single Pertama ‘Doom Doom Ta’ Diaorang Ni!
Bersedia untuk melakar sejarah antarabangsa, kumpulan idola K-POP Korea yang pertama dari Universal Music Group, TRI.BE melancarkan album debut TRI.BE Da Loca, baru-baru ini.
Single debut tersebut menampilkan lagu ‘Doom Doom Ta’ yang menggabungkan genre Afrobeat dan Moombahton dengan alur universal dan korus yang mantap membawa semangat kesejatian dan pemerkasaan diri.
Kumpulan ini juga mempersembahkan video muzik yang berwarna-warni untuk lagu itu, yang memperlihatkan keperibadian mereka yang tersendiri dalam satu vignet yang menarik.
Turut ditampilkan single ‘Loca’ sebuah lagu dengan rentak bertenaga yang membuka jalan bagi mengumumkan kemunculan mereka di pentas K-Pop.
Kedua-dua bop global ini mengisahkan tentang TRI.BE sebagai kumpulan K-POP baru yang hebat.
TRI.BE terdiri daripada tujuh anggota iaitu Songsun, Jinha, Hyunbin, Soeun, Kelly, Jia dan Mire yang
berkebolehan untuk bertutur dan menyanyi dalam bahasa Inggeris, Cina, Jepun, dan Korea.
Salah seorang produser K-Pop terkenal di dunia, S.Tiger yang mengetengahkan TRI.BE dan menghasilkan dua trek yang terkandung dalam TRI. BE Da Loca.
S.Tiger yang pernah menerbitkan lagu-lagu popular kumpulan K-Pop seperti BEAST, IU, 4Minute, MOMOLAND, EXID, T-ARA, Apink dan HyunA.
Nama TRI.BE merujuk kepada bentuk segitiga yang mempunyai bentuk paling sempurna bersesuaian dengan motto ‘Kita sempurna seadanya’.
Kumpulan ini menyampaikan mesej mencintai diri sendiri dan keyakinan diri dengan melaungkan konsep utama mereka ‘Girl Swag’.
Must-Watch Video