KFC menawarkan kelainan dalam menu terbarunya dengan melancarkan Burger P. Ramlee secara eksklusif bagi memberi penghormatan khas buat lagenda negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Menariknya Burger P.Ramlee ni, KFC telah ‘membawa’ pelbagai rasa aromatik daripada bahan-bahan unik nasi kandar untuk dihasilkan dalam Zinger Hot & Spicy.

Dilengkapi dengan Kuah Kari Kandar KFC yang diperbuat daripada herba dan rempah-ratus tempatan seperti kunyit, serai, jintan putih, dan daun kari yang melimpahi filet Zinger segar dan rangup.

Lagi mantap, apabila Burger P.Ramlee ini disempurnakan dengan sayuran berempah dan mayonis, lalu diapit dengan ban bijan bakar. Fuhhhh…Padu gais!

Kalau korang nak tahu, burger ini juga diinspirasikan daripada makanan kegemaran Allahyarham Tan Sri P.Ramlee sendiri iaitu Nasi Kandar.

Tunggu apa lagi, dapatkan Burger P.Ramlee anda sekarang dan nikmati keunikan rasanya di seluruh restoran KFC di Semenanjung Malaysia.

Menu ini boleh didapati melalui pelbagai pilihan sama ada À la Carte, Kombo, Set Legenda, dan Kombo Ikon.

Sekali rasa, bergetar jiwa! Dapatkan KFC Burger P.Ramlee dengan harga bermula dari RM12.49 sahaja!

Nak lagi mudah, korang boleh dapatkan burger istimewa ini menerusi KFC Delivery, Pandu Ambil atau Self Collect di restoran KFC berhampiran.

Jika anda membuat pesanan delivery melalui aplikasi KFC, jangan lupa gunakan kod promo PRAMLEE untuk mendapatkan diskaun 10 peratus! Tertakluk kepada Terma dan Syarat.

Layari www.kfc.com.my untuk maklumat lanjut!