Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Trump Ditembak Ketika Kempen, Berdarah Di Telinga

Awani
14/07/2024 01:16 MYT
Beberapa das tembakan kedengaran pada perhimpunan kempen calon Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump di Pennsylvania pada pagi Ahad (waktu tempatan).


Ditembak, berdarah ditelinga

Susulan itu, bekas presiden AS itu dilihat berdarah di telinganya sebelum pegawai penguat kuasa undang-undang bersenjata meluru ke arahnya dan membawanya pergi.

Calon presiden Republikan itu dilihat mengangkat penumbuk ketika diiringi ke kenderaan oleh Perkhidmatan Rahsia negara.

Sementara itu, Presiden AS Joe Biden berkata, beliau tidak dimaklumkan mengenai kejadian tembakan tersebut.

Biden ditemui pemberita ketika berjalan keluar dari sebuah gereja di Delaware.

Sementara itu, menurut laporan CNN, Trump tercedera, tetapi tiada butiran lanjut.

Buat masa ini, tidak jelas bagaimana atau apa kecederaan yang mungkin dialaminya.

Lokasi perhimpunan rapat umum Trump itu ditinggalkan dalam keadaan kerusi yang dirobohkan dan pita polis berwarna kuning dipasang keliling pentas.

Sebuah helikopter dilihat turut terbang di ruang udara kawasan itu sambil pihak penguat kuasa mengawal ketat keadaan.

Wakil kempen Trump tidak segera menjawab permintaan untuk komen.

Sumber: ASTRO AWANI

#Donald Trump #Joe Biden #Presiden Amerika Syarikat #Calon Pilihan Raya #Ditembak #Pennsylvania