gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Ada ‘Cable Besar’ Bukan Jalan Mudah Anak Ahmad Idham Untuk Ceburi Bidang Lakonan - “Walaupun Dia Bapa Saya Tapi…”
HIBURAN
Anak Didakwa Kena Tampar Dengan Pelakon Popular,Pasha Ungu Minta Penjelasan Pihak Produksi
VIRAL
"Dulu Melawak Kasar Tak Jadi Isu, Sekarang Melawak Sikit Terus Jadi ..." - Suami Kieda Crepe
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Trump Umum Gencatan Senjata Antara Israel Dan Iran

gempak
Gempak
24/06/2025
02:50 MYT
Sponsor Banner
Trump Umum Gencatan Senjata Antara Israel Dan Iran
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan Israel dan Iran bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata yang menurutnya berpotensi menjadi kekal.
Mengumumkan perkembangan terbaharu itu di media sosial, Trump berkata, kedua-dua pihak telah bersetuju sepenuhnya untuk melaksanakan gencatan senjata sepenuhnya dalam tempoh enam jam daripada sekarang - selepas kedua-dua negara menyelesaikan operasi terakhir mereka yang sedang berjalan.
“Israel dan Iran telah mencapai persetujuan penuh untuk melaksanakan gencatan senjata sepenuhnya (dalam kira-kira enam jam dari sekarang, apabila misi akhir mereka selesai), selama 12 jam. Selepas itu, perang ini akan dianggap tamat,” tulis beliau.
Dalam masa sama, Trump menyatakan keyakinannya perjanjian ini merupakan langkah penting ke arah penamatan konflik yang telah mengakibatkan ketegangan ketara di Asia Barat sejak beberapa minggu lalu.
Setakat ini, belum ada pengesahan rasmi daripada Tel Aviv mahupun Tehran berhubung butiran perjanjian tersebut, namun, pengumuman oleh Washington dilihat sebagai perkembangan diplomatik yang signifikan di tengah-tengah kebimbangan antarabangsa mengenai potensi tercetusnya perang besar-besaran di rantau itu.
Sumber: Awani
Topic Berkaitan
#Umum
#Israel
#Iran
#“Gencatan
#senjata”
#Trump
Must-Watch Video