Siapa sangka francais The Walking Dead telah memasuki musim ke-11 sejak ia mula diperkenalkan pada 2010.

Mampu bertahan selama 11 musim bukanlah satu perkara mudah untuk sesebuah siri.

Pastinya dengan sambutan dan permintaan ‘hangat’ penonton yang membuatkan sesebuah siri itu terus dihasilkan. Pendek kata, drama siri tu haruslah bagus!

Gempak berpeluang untuk menyaksikan tiga episod awal The Walking Dead musim ke-11 dan boleh dikatakan siri ini sangat luar biasa!

Sejauh mana bagusnya The Walking Dead, Ini beberapa perkara menarik anda perlu tahu!

#1 Penuh Emosi, Bayangkan Ibu Sendiri Jadi Zombie

Biarpun baru menonton tiga episod awal The Walking Dead musim ke-11, penulis merasakan siri ini sarat dengan pergelutan emosi.

Ada yang hilang isteri dan anak, tidak kurang juga yang terpaksa menerima hakikat apabila ibu sendiri sudah bertukar menjadi zombie.

Apapun, babak paling beremosi ketika mereka terpaksa memilih sama ada nilai kemanusiaan atau kepentingan diri sendiri. Memang keliru nak sebelahi siapa!

#2 Zombie Yang Realistik

Apa yang penulis suka tentang siri ini adalah penggunaan gaya solekan dan kesan imej janaan komputer (CGI) mereka.

Gabungan dua elemen ini menjadikan segala perincian pada wajah zombie ini sangat realistik.

Paling kagum ketika babak Zombie yang hanya tinggal rangka semata-mata. Umpama mayat yang bergerak, sangat meyakinkan!

#3 Lebih Dark & Mysterious

Babak ketika watak Rick Grimes dimasukan ke hospital usang sangat menyeramkan.

Suasananya lebih ‘dark’ dan misteri hingga membuatkan penulis tertanya adakah watak ini sedang berkhayal atau itu satu realiti?

Selain itu, banyak juga babak-babak yang bakal membuatkan bulu roma anda meremang!

#4 Lebih Intense, Survival of Humanity!

Penulis yakin dua elemen inilah yang membuatkan siri bertahan sehingga musim ke-11.

Sarat dengan babak mendebarkan, ditambah pula dengan aksi ‘survival’ yang tidak dijangka, menjadikan siri ini sangat berbaloi untuk ditonton.

Drama ini boleh dibaratkan sebagai ‘roller coaster’ kerana anda memang tidak akan senang duduk sebaik mula menonton.

#5 Tak Layan Musim Sebelum Ini? Jangan Risau!

Jika anda tidak pernah menonton siri jangan bimbang kerana jalan ceritanya tidak akan membuat anda keliru.

Cukup sekadar anda faham yang ketika ini apokalips zombie sedang berlaku dan hanya beberapa kelompok manusia saja yang masih bertahan.

Bagaimana mereka selamat dan adakah berjaya meneruskan legasi kehidupan manusia? Anda kenalah tontonnya di Disney Plus Hot Star.

Rating awal: 8/10