Filem terbaharu Tarantula X telah pun menjengah di pawagam rumah anda sejak 16 Disember lalu.

Dengan mengetengahkan konflik persahabatan, curang, skandel, tipu daya dan dendam, Tarantula X ternyata menerima komen positif penonton.

Mungkin kepada yang belum menonton pasti tertanya-tanya apa yang best sangat mengenai Tarantula X ini.

Nah! Ini dia pelakon Tarantula X, Adlin Aman Ramli beri lima sebab kenapa anda harus tonton:

1. Tarantula X diterbitkan oleh syarikat yang mempunyai reputasi hebat. Penulis dan juga penerbit hebat, Mohd Noor Kadir.

2. Jenama Tarantula sudah pun dikenali sebagai sebuah drama episode yang sangat berjaya pada satu ketika dulu.

3. Tarantula X menjanjikan kepada anda penyiasatan yang thrill dan juga plot twist yang mengejutkan.

4. Tenaga produksi Tarantula X ini terdiri daripada gabungan veteran, senior dan juga generasi baru.

5. Tarantula X dibintangi oleh pelakon-pelakon A dalam pasaran. Kita ada Eman Manan, Vanidah Imran, Nam Ron, Adlin Aman Ramli dan ramai lagi bakat-bakat yang hebat.

BACA: “Watak Jahat Memang Sesuai Dengan Muka Dia” - Good Job! Lakonan Padu Mona Allen Dipuji

Saksikan Tarantula X di pawagam rumah anda menerusi Astro First saluran 480.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau boleh juga distrim menerusi Astro Go dan On Demand.


Sinopsis:

Tiga sahabat, dua keluarga, berantakan kerana seorang perempuan penggoda.

Filem ini mengisahkan tentang perempuan mata duitan, Shima (Mona Allen) yang suka menjalin hubungan sulit dengan lelaki kaya termasuk suami rakan-rakannya, Ayu (Vanida Imran) dan Liza (Marissa Yasmin).

Apabila Adam (Namron) iaitu suami Ayu menjadi lumpuh dan berkerusi roda akibat serangan jantung, Shima beralih arah kepada suami Liza, Anas (Adlin Aman Ramlie).

Sebagai sahabat baik kepada Adam dan Anas, Amir yang masih bujang (Rashid Salleh) mendamaikan mereka tetapi gagal.

Tanpa pengetahuan Anas, isterinya cuba menjodohkan Amir dengan Shima. Namun Shima menolak dan menghina Amir.

Modus-operandi Shima adalah mengambil “selfie” bersama pasangannya di atas katil lalu foto-foto tersebut dijadikan senjata untuk peras ugut mereka bagi mendapat wang yang dapat menampung kehidupan mewahnya.

Apabila Anas ingin memutuskan hubungan, Shima mengugut untuk sebarkan gambar dan menuntut RM1 juta, dan itu mencetus kemarahan Anas. Apabila Shima dijumpai mati dibunuh, penyiasatan yang diketuai ASP Anuar bermula.

Sebagai saksi utama, Ain iaitu adik angkat yang tinggal bersama Shima juga tersenarai sebagai suspek pembunuhan termasuk Anas, Ayu, Amir dan Adam.

Setiap mereka mempunyai asas dan sebab untuk melakukan pembunuhan berikut. Teka-teki motif dan suspek dibawa hinggalah ke babak terakhir untuk membongkar misteri pembunuh sebenar Shima.