Laman Utama

Tuah Maryam! 300,000 Tudung Leeyanarahman Terjual Tak Sampai Sejam - "Saya Masih Bertatih Dalam Fasa Baharu Ini"

gempak
Amri Hassan
01/03/2023
11:55 MYT
Sponsor Banner
Tuah Maryam! 300,000 Tudung Leeyanarahman Terjual Tak Sampai Sejam - "Saya Masih Bertatih Dalam Fasa Baharu Ini"
300,000 helai tudung jenama Leeyanarahman Scarves menampilkan wajah wakilan pempengaruh media sosial, Maryam Durian Kimchi habis licin terjual dalam tempoh kurang sejam kelmarin (27 Februari) lalu.
Koleksi tudung harga marhaen RM29, kualiti kayangan diberi nama Wanita Dambaan Syurga yang dihadirkan dengan 20 pilihan rekaan itu dilancarkan secara rasmi hari ini.

Harga murah kualiti kayangan!

Menurut pengasas jenama Leeyanarahman, Nur Liyana Abdul Rahman, pihak mereka begitu takjub, terkejut dan bersyukur dengan sambutan diterima kali ini.
“Ini asbab serta rezeki yang baik buat kami dan tentunya untuk Maryam sendiri sebagai mualaf yang sudah mula menutup aurat awal tahun ini. Perkara baik seperti dilakukan Maryam, insya-Allah moga baik-baik saja laluannya.
“Kita belum lancar, tapi 300,000 helai tudung dicetak habis terjual. Hebat penangan Maryam. Maryam sebenarnya mewakili koleksi tudung kami untuk edisi ketiga. Edisi pertama dan kedua dulu masing-masing menampilkan Ummi Nazeera dan Hannah Delisha.
“Tema kali ini, Wanita Dambaan Syurga juga bagai kena dengan perjalanan hidup baharu Maryam terutamanya keinginan hati kecil dia nak berhijrah menjadi wanita mualaf yang lebih baik,” kata Nur Liyana.
Isteri kepada Muhammad Hafiz Abd Hamid itu berkata koleksi tudung dikeluarkan itu boleh dianggap sebagai pra sebelum sambutan Ramadan.
“Koleksi Wanita Dambaan Syurga bukan keluaran raya Aidilfitri sebenarnya. Tapi umum tahu, setiap dua bulan kita akan keluarkan koleksi baharu.
“Rekod kejayaan ini juga terus membuka ruang dan peluang kepada lebih 10,000 ejen dan stokis kami di seluruh Malaysia menjana pendapatan.
“Nak pula dengan nak sambut Ramadan dan Aidilfitri, kami mahu terus berkongsi rezeki dengan ramai orang terutama ejen dan stokis buat duit,” kata Nur Liyana.
Jenama yang berdaftar di bawah syarikat Leeyanarahman Empire Sdn Bhd dan beribu pejabat di Hub Perindustrian Suntrack, Selangor ini sebenarnya bukan asing lagi di kalangan penggemar fesyen muslimah.

700,000 helai tudung terjual sejak Oktober 2022

Sejak 2012 melebarkan sayap perniagaan bermodalkan RM1,500, jenama diusahakan Nur Liyana dan Hafiz ini pantas mencuri perhatian.
“Sebelum tudung kami terlebih dahulu keluarkan pakaian Muslimah. Jualan tudung kami mula sejak Oktober 2022 dan hingga sekarang sudah 700,000 helai tudung terjual.
“Untuk jenama tudung ini kami sasarkan RM3 ke RM4 Juta untuk setiap edisi keluaran. Dalam setahun, kami sasar ada sekitar lapan keluaran koleksi tudung. Manakala untuk sasaran jualan setahun pula sekitar RM20 Juta. Klik https://linktr.ee/leeyanarahman untuk lanjutan,” kata Nur Liyana.

Laris macam pisang goreng panas!

Sementara itu, Maryam atau nama penuhnya, Maryam You Narae tidak menyangka koleksi tudung menampilkan dirinya laris macam goreng pisang panas.
“Dalam tempoh kurang sejam terjual semua koleksi dicetak iaitu 300,000 helai tudung. SubhanaAllah, masyaAllah. Moga kebaikan dan kejayaan ini dapat dinikmati serta memberi manfaat kepada semua.
“Moga tersurat dan tersirat hikmah berharga untuk kita semua. Saya juga masih bertatih dalam fasa baharu ini. Benar orang kata bukan mudah nak istiqamah, maka saya akan terus cuba jaya.
“Semoga Allah mempermudahkan laluan ini. Terima kasih kepada Leeyanarahman di atas kesempatan terindah ini. Bekerja dengan pihak mereka pun cukup menyenangkan,” kata Maryam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live