“Tuan Dia Dah Approve” - Comelnya Bila Syamel Minta Izin Muat Naik, Edit Foto Ernie Tak Bertudung

Mya Amri
Mei 5, 2020 11:12 MYT
Penyanyi, Syamel mendapat perhatian peminat selepas menyunting foto Ernie Zakri sebelum memuat naik di akaun Instagramnya.
Foto tersebut disunting Syamel kerana penampilan terkini Ernie yang mengenakan hijab berbanding sebelum imejnya yang terdahulu.
Lebih menarik lagi apabila Syamel memintan izin Ernie terlebih dahulu sebelum memuat naik foto yang disunting untuk menutup bahagian rambut penyanyi wanita berkenaan.
“Dah minta izin tuannya juga dan dia approve,” tulis Syamel diruangan komen.
Manakala Ernie menerusi akaun Instagramnya juga turut mengesahkan perkara itu.
“Bang Mel edit macam ni pun saya dah gembira sebab Bang Mel minta izin hihi,” tulisnya di posting terbaru.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata peminat memuji tindakan Syamel dan mendoakan jodoh mereka.
“Dah layak kahwin. Syamel bagus memelihara auray Ernie. Saya doakan yang baik-baik,” komen @faizsafzal
“Bagusnya Bang Mel. Kak Ernie untung tau. Tak semua ingat nak jaga aurat seseorang bila dalam gambar pun. Lagi-lagi bila baru nak mula langkah baru. Semoga dipermudahkan urusan Bang Mel dan Kak Ernie,” tulis @harithaoqal94
Terdahulu, pasangan ini mula mendapat perhatian menerusi lagu duet popular Aku Cinta dan Takkan Terlerai.
#Syamel #Ernie Zakri