Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Tuan Lagi Anjing Dari Anjing” - Netizen Panas Hati Lihat Individu Paksa Anjing Berjalan Laju Sambil Naik Kereta

Izwan Isa 09/04/2022 | 09:50 MYT

Isu penderaan yang selalu kita dengar di negara kita bukan terjadi dalam kalangan manusia sahaja, malah, kes penganiayaan ini turut berlaku kepada haiwan.

Terbaharu, sebuah kenderaan jenis MyVi viral di media sosial gara-gara tindakan penumpang menarik anjingnya ketika kenderaan tersebut sedang berjalan.
Sungguhpun kenderaan itu tidak dibawa dengan laju, namun, anjing yang ditarik dengan menggunakan tali pengikat di leher kelihatan panik untuk mengejar tuannya.
Menerusi kapsyen, pemilik akaun Jabatan Netizen Malaysia mengsyorkan supaya individu yang terlibat dalam video berkenaan dijatuhkan hukuman yang berat.

jalan emas 16 taman sri skudai Myvi JMV9157
Info Via WhatApps pic.twitter.com/JxBEuCkUwh

Meninjau ruangan balas dan juga ulang ciapan, rata-rata melahirkan rasa kecewa dan marah dengan tindakan tuan empunya anjing itu.
“Peninglah dengan manusia ni. Sesama manusia pun dia dera, binatang pun dia dera,” kata seorang pengguna Twitter.
“Sesiapa pun kamu, saya harap kamu tidak akan pernah berasa gembira lagi selepas ini,” luah seorang lagi netizen.
“Tuan lagi anjing dari anjing,” kritik seorang wargamaya.
Dalam pada itu, ada juga yang berpendapat bahawa pemilik anjing berkenaan mempunyai masalah kesihatan mental.
“Aku syak mental ni, sebab kalau waras tak buat macam ni,” tulisnya.

#Dera #Anjing
;