Pepatah Melayu 'ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi' benar-benar menggambarkan Pemangku Raja Pahang yang juga merupakan Tengku Mahkota Pahang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Anakanda kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ini merupakan putera yang berjiwa rakyat seperti ayahanda dan bonda baginda.

Baginda begitu mesra dan dekat dengan rakyat menjadikan baginda seorang Putera Mahkota yang sangat disayangi dan disenangi masyarakat.

Dalam satu entri di Instagram, Tengku Hassanal telah memuat naik sekeping gambar baginda sedang duduk di sebuah gerai air kelapa di tepi jalan.

"Kalau Awak Singgah FELDA Bukit Goh, jangan Lupa beli air kelapa dekat sini. Pakcik ni selalu pakai Tanjak," tulis baginda pada gambar tersebut.

A post shared by Tengku Hassanal Shah (@this.7)


Entri tersebut ternyata mendapat sambutan ramai terutamanya dari rakyat negeri Pahang yang begitu bangga dengan baginda yang berjiwa rakyat dan mudah didekati.



Tengku Hassanal yang berusia 25 tahun ini telah dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Pahang pada 29 Januari 2019 dan kini juga menjadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang.

Kredit Gambar: Instagram Tengku Hassanal Shah