Laman Utama

Tuduh Hospital Zalim Sebab Minta Ditidurkan, Pesakit Stage 4 Undang Kekeliruan Netizen! Rupanya Paras Oksigen….

gempak
Hanafis Haris
13/09/2021
23:34 MYT
Sponsor Banner
Tuduh Hospital Zalim Sebab Minta Ditidurkan, Pesakit Stage 4 Undang Kekeliruan Netizen! Rupanya Paras Oksigen….
Kecoh di media sosial sejak semalam mengenai satu rakaman video seorang lelaki mendakwa dia dipaksa mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).

Biarpun sedang mendapatkan bantuan pernafasan, pesakit tersebut merayu supaya dibawa keluar dari hospital selepas mengatakan dirinya sudah sihat.

Malah, dia juga mendakwa doktor di hospital tersebut zalom kerana mahu ‘menidurkannya’.

Keadaan bertambah rumit selepas dia merayu untuk mendapatkan bantuan guaman.

Tindakan berkenaan kemudian dikecam teruk oleh netizen hingga ramai menyifatkan pesakit itu tidak bersyukur dengan rawatan diberi.

Malah, ramai yang menempelak tindakan tersebut memandangkan paras kesihatannya dilihat kurang memuaskan.

“Tak reti bersyukur, kenapa masuk hospital in first place”.

“Suruh je dia jadi doktor, dia kan lebih arif”.

“Kesian doktor nak bantu tapi dia pula yang tuduh zalim,” tulis beberapa netizen.

Isu berkenaan kemudian mendapat perhatian pihak Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) yang terus menafikan dakwaan lelaki tersebut.

Menurut Pengarah JKNPP Dr Ma'arof Sudin berkata, pesakit berusia 43 tahun itu dimasukkan ke wad ICU HPP selepas disahkan positif Covid-19 Kategori Empat.

Menurutnya, pemeriksaan awal menunjukkan penurunan tahap oksigen dalam darah pesakit itu sangat membimbangkan.

"Rawatan terapi oksigen dimulakan, namun pemeriksaan lanjut mendapati pesakit semakin kritikal sehingga kadar oksigen dalam darah hanya dapat distabilkan dengan menggunakan mesin bantuan pernafasan atau ventilator.

"Pegawai Perubatan Pakar Rawatan Rapi dan ICU memaklumkan keadaan kritikal ini kepada pesakit serta ahli keluarganya, selain berulang kali menjelaskan risiko yang boleh membahayakan tubuh dan nyawa pesakit sekiranya tidak membenarkan hospital memberikan rawatan terbabit," katanya.

Jelasnya, pesakit masih tidak bersetuju dengan rawatan yang disyorkan dan memohon supaya dibenarkan pulang atas risiko sendiri.

"Pihak hospital masih menempatkan pesakit di ICU untuk pemantauan walaupun pesakit enggan menerima rawatan terapi oksigen dan alat bantuan pernafasan memandangkan keadaan pesakit masih kritikal serta berisiko menyebarkan Covid-19 kepada individu lain sekiranya dibenarkan pulang," katanya.

Tambahnya, pihak hospital juga menafikan dakwaan pesakit tidak diberi makanan ketika di ICU.

"Untuk makluman pesakit di ICU diberi makanan berbentuk cecair seperti susu bagi memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan komplikasi,” katanya menerusi satu kenyataan rasmi.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live