Tuduh Peniaga Jual Soft Cookie Kering, Pelanggan Narsistik Dikritik Warganet - “Dia Salah, Dia Nak Refund”
Gempak
26/11/2023 01:55 MYT
26/11/2023 01:55 MYT
Frasa ‘customer is always right’ ada kalanya tidak boleh diterima kerana sikap segelintir pelanggan yang enggan mengakui kesalahan mereka.
Menerusi satu ciapan di Platform X, individu dikenali sebagai @neymabites berkongsi tangkap layar seorang pelanggan membuat aduan tentang biskutnya yang dikatakan kering setelah dipanaskan semula.
“Haritu ada beli soft cookies dengan awak. Tapi berderai dah macam nasi kering,” tulis pelanggan itu.
Setelah diteliti, rupa-rupanya pelanggan tersebut telah memanaskan semula biskut dengan cara yang salah.
Bagaimanapun, pelanggan itu masih tidak berpuas hati, malah menyalahkan peniaga berkenaan kerana mencetak arahan memanaskan biskut dengan tulisan yang kecil.
Menjengah ke ruangan balas ciapan, rata-rata warganet menyelar sikap pelanggan wanita itu yang disifatkan sebagai kurang ajar.
Antara respons yang diterima:
“Dia salah, dia nak refund, kurang ajarnya,”
“Geramnya nak maki, kenapa suka tunjukkan kebodohan diri, nasib dapat peniaga baik,”
“Kurang ajar betul pelanggan ni.”
Sekadar info, peniaga itu telah pun memberi bayaran balik secara penuh kepada pelanggan tersebut yang difahamkan berjumlah RM40.
Sumber: Platform X
BERITA TRENDING: Isteri Dirempuh Kereta Ketika Sarapan Di Kopitiam, Warga Emas Enggan Berganjak Dari Lokasi Kejadian
Begitulah kisah tentang seorang peniaga soft cookie apabila dia terpaksa berhadapan dengan seorang pelanggan yang bersikap narsistik.Menerusi satu ciapan di Platform X, individu dikenali sebagai @neymabites berkongsi tangkap layar seorang pelanggan membuat aduan tentang biskutnya yang dikatakan kering setelah dipanaskan semula.
“Haritu ada beli soft cookies dengan awak. Tapi berderai dah macam nasi kering,” tulis pelanggan itu.
Setelah diteliti, rupa-rupanya pelanggan tersebut telah memanaskan semula biskut dengan cara yang salah.
Bagaimanapun, pelanggan itu masih tidak berpuas hati, malah menyalahkan peniaga berkenaan kerana mencetak arahan memanaskan biskut dengan tulisan yang kecil.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.