Kes saman fitnah siber penceramah bebas, Ustaz Abu Syafiq akan bermula esok, 20 Mei di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap pengacara Amin Idris berhubung dakwaan ‘postings’ dan kenyataan fitnah yang diterbitkan di laman media sosial milik pengacara tersebut.

BACA: "Itu Fitnah Jahat Ke Atas Saya" - Ustaz Abu Syafiq Tak Hina Ustaz Ebit Lew

BACA: "Koyak Betul Rupanya... Ustaz Abu Syafiq Tuntut RM1 Juta Kerana Posting Saya, See You In Court!" - Amin Idris

BACA: "Jangan Cakap Surat Saman Tu Salah Tuju" - Rakan & Netizen Sambut Baik Amin Idris Lawan Abu Syafiq


Perkara tersebut disahkan oleh peguam kepada Abu Syafiq iaitu Nurul Hafidzah Hassan dari firma guaman NHA Advocates and Solicitors.

“Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan pada 20, 21, 27 dan 28 Mei bagi perbicaraan kes,” kata Nurul Hafidzah.

Pada bulan Mei tahun lepas, plaintif, Abu Syafiq memfailkan saman fitnah terhadap Amin Idris dan seorang lagi individu, mendakwa ‘postings’, kenyataan palsu dan fitnah yang diterbitkan oleh kedua-dua defendan telah menjatuhkan imej, reputasi dan jenama peribadi beliau.

Menurut laporan berita tahun lepas, kes saman tersebut dibawa ke mahkamah bagi membersihkan nama Abu Syafiq dan bagi membuktikan kebenaran yang beliau tidak bersalah. Plaintif mendakwa tidak melakukan seperti apa yang didakwa oleh kedua-dua defendan melalui ‘postings’ dan kenyataan yang telah diterbitkan oleh mereka.

Laporan itu juga memetik Abu Syafiq telah mengambil inisiatif dan berusaha untuk menyelesaikan perkara tersebut dengan baik namun gagal.

Abu Syafiq seterusnya mengambil keputusan meneruskan tindakan undang-undang kerana beliau tidak pernah membuat kenyataan-kenyataan seperti yang didakwa.

Plaintif menuntut ganti rugi am, teruk, teladan, kos, faedah serta relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.