Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Tudung Itu Mahal Harganya Di Akhir Zaman, Tapi ....." - PU Amin

Rozaimi Zubaidi
30/01/2019 03:49 MYT
Pencetus Umah (PU) Amin meluahkan rasa kesal apabila sering mendengar berita buruk tentang wanita bertudung sejak akhir-akhir ini.

Menerusi entri di Instagram (IG), PU Amin menjelaskan kelebihan bertudung untuk wanita-wanita di luar sana yang telah tertulis di dalam Al-Quran.

"Banyak betul cerita tak sedap kita dengar tentang tudung. Tudung mahkota bagi wanita.

Banyak betul cerita tak sedap kita dengar tentang tudung . Tudung mahkota bagi wanita . Tanda Allah sayang wanita , Allah minta ditutup aurat wanita . Dalam Al Quran Allah memberi arahan tanda sayang.. . Tudung itu mahal harganya di akhir zaman . Tapi yang lebih mahal adalah maruah dan aurat wanita . Ibu , isteri , anak anak kita wanita , Allah muliakan mereka . Wahai lelaki perlihara kaum wanita dikalangan kamu . Kelak senyum nak ke syurga ditarik hina ke neraka.. . Wahai Muslimah , Pintu Syurga Masih Terbuka . Kembali lah perlahan demi perlahan , sedikit demi sedikit . Jangan lemah dan lalai dengan hasutan dan godaan dunia . Selagi peluang bertaubat masih ada , sujudlah memohon ampun Tuhan.. . Jangan tag sapa sapa di ruang komen.Ini pesanan umum.

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on


"Tanda Allah sayang wanita, Allah minta ditutup aurat wanita. Dalam Al Quran Allah memberi arahan tanda sayang.

"Tudung itu mahal harganya di akhir zaman. Tapi yang lebih mahal adalah maruah dan aurat wanita. Ibu, isteri, anak anak kita wanita, Allah muliakan mereka.
"Wahai lelaki perlihara kaum wanita dikalangan kamu. Kelak senyum nak ke syurga ditarik hina ke neraka.

"Wahai Muslimah, Pintu Syurga Masih Terbuka. Kembalilah perlahan demi perlahan, sedikit demi sedikit.

"Jangan lemah dan lalai dengan hasutan dan godaan dunia. Selagi peluang bertaubat masih ada, sujudlah memohon ampun Tuhan. Jangan tag sapa-sapa di ruang komen. Ini pesanan umum," tulisnya.

Rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh PU Amin dan meminta wanita di luar sana supaya menjaga aurat mereka serta memakai tudung.
#PU Amin #Pencetus Umah