Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tudung Tercabut Ketika Berlawan, Aksi Pesilat Malaysia ‘Cover’ Rambut Atlet Indonesia Raih Pujian Netizen

Azwa Rahman
15/05/2022 01:39 MYT
Tindakan pantas atlet silat negara, Siti Shazwana Ajak menutup rambut lawannya dari Indonesia Selly Andriani sewaktu berlawan meraih pujian wargamaya.

Menerusi platform TikTok, tular video sewaktu momen tersebut yang dikongsikan oleh seorang pengguna yang dikenali sebagai @_alice_harun_shim.

Menerusi perkongsian tersebut, pesilat Malaysia berentap dengan pesilat Indonesia dalam kategori wanita dan sewaktu terjatuh, dia tertarik tudung pihak lawan.

Siti bergegas bangun bagi melindungi kepala Selly dan membolehkan pesilat tersebut membetulkan semula tudung yang dipakai sebelum kembali meneruskan perlawanan.

undefined
Sementara itu di ruangan komen, tindakan Siti dihujani dengan pujian daripada kedua-kedua belah negara.

Tanpa mengira kalah atau menang, dia tetap menjaga apa yang perlu ditutup disamping mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi.

@thisisbossaji:Kalah menang itu adad perlawanan, menjaga hak agama itu wajib. Tahniah atlet Malaysia.”

@raynoldnoelraphael:respect atlet Malaysia . biar APA kata negara luar terhadap negara Kita tapi Kita orang Malaysia Cuba untuk tunjukkan Yang terbaik. (HORMAT).”

@Tchersyed:Piala dunia, Piala akhirat... Kedua-duanya penting.”

@Sky Mat810:adab lawan mesti ada kalah menang..tapi bab aurat sama-sama mnjaga, melindungi antara 1 sama lain.. terbaik atlet Malaysia.”

@kembarailmu2020:akhlak tu yang mahal.. lebih mahal dari menang pingat insyaAllah.”

@ManjaKali_diaa:thanks altet Malaysia ,salam dari Indonesia.”

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 700,000 tontonan daripada warga TikTok.

Perlawanan tersebut menyaksikan Malaysia menang dan layak ke peringkat seterusnya setelah mengalahkan Selly Adriani dalam kelas E (65-70kg).
#Pesilat negara #Selly Adriani #Siti Shazwana Ajak
;