"Tuhan Bagi Otak Untuk Berfikir ..." - Azar Azmi Bengang Dengan Kejadian Lelaki Mengamuk Di Masjid
Zulaikha Yusof
29/08/2020 23:16 MYT
29/08/2020 23:16 MYT
Pelakon Azar Azmi berang selepas melihat seorang lelaki bertindak mengasari seorang jemaah masjid selepas sejadah yang dibawanya terkena di bahagian belakang badan lelaki itu.
Menurut Azar, tindakan lelaki itu dianggap biadab kerana tidak menghormati orang yang lebih berusia.
"Kalau setakat terkena sejadah kau nak mengamuk macam ni.
"Allah tak kisah la apa level kau, tinggi mana pun darjat kau kalau kau tak reti nak hormat orang tua, kau yang patut kena kaki.
"Belum lagi berasak berpuluh-puluh dekat Mekah kena tolak tarik dengan berjuta manusia kat sana.
"Tak tahu pulak la macam mana dia punya mengamuk agaknya," tulisnya di Instagram (IG).
Dalam pada itu, pemilik nama Siti Azar Ameerah Azmi, 31, menyatakan individu itu sepatutnya menggunakan kurniaan Allah dengan baik.
"Tuhan bagi otak untuk berfikir. Tuhan bagi tangan untuk membantu.
"Tuhan bagi kaki untuk memudahkan. Mohon fikir sejenak," tulisnya lagi.
Pada Jumaat lalu, viral sebuah rakaman video seorang lelaki bertindak menendang dan menampar seorang lelaki berusia 62 tahun di dalam Masjid Jempul, Negeri Sembilan.