Penyanyi Sissy Imann dimasukkan ke hospital kerana keadaannya yang kurang sihat.

Berita tersebut dimaklumkan menerusi entri terbaru di laman Instagram milik Sissy hari ini.

Entri tersebut juga disertakan dengan foto yang merakamkan sedang terbaring diatas katil dan menerima rawatan.

Paling sedih apabila Sissy terpaksa menerima rawatan pada ulang tahun kelahirannya yang ke-24 hari ini.

“Tuhan sedang menguji dan pasti cuba memberitahu saya sesuatu. Saya akan selamanya ingat ulang tahun ke-24 saya ini,” tulisnya.

God is testing & definitely trying to tell me something . I will forever remember this 24th birthday of mine .

A post shared by Sissy Imann (@sissyimann) on


Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata peminatnya mendoakan kesembuhan penyanyi tersebut.

“Moga Allah sentiasa lindungi Sissy... Selamat berehat,” komen @stussystacy

“Semoga cepat sembuh dan sihat seperti biasa... Amin,” doa @norul_addawiyah

BACA: “Ibu Jari Lebam, Biru Dan Bengkak…” -Panik! Sissy Imann Tergelincir Jatuh Pentas, Di Bawa Ambulans Ke Hospital

Terdahulu, Sissy sebelum ini berdepan saat cemas apabila tergelincir dan terjatuh dari pentas ketika membuat persembahan di Pulau Pinang.

Kejadian itu menyebabkan ibu jari kirinya lebam dan bengkak kerana terkena tangga pentas sewaktu terjatuh.