Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

Tuju Anggap Anak-Anak Penyebab Perubahan Diri - "Dulu Panas Baran Sebab..."

Asraf Aided 27/02/2021 | 02:50 MYT
Penyanyi dan anggota kumpulan K-Clique, Tuju bersyukur kerana dirinya telah mengalami perubahan.
Tuju akui sering dianggap panas baran sebelum ini. Menurutnya, ketika itu dia masih muda dan sukar mengawal kemarahan.
Bagaimanapun, dia kini berubah menjadi semakin matang dan gembira dengan kehadiran dua cahaya mata.
"Biasalah kan, umur saya lebih muda sebelum ini, susah nak kawal kemarahan, tetapi apa yang boleh saya katakan, saya bukanlah terlalu panas baran.
"Alhamdulillah, sekarang ini semua orang boleh nampak diri saya semakin gembira.
"Sejujurnya, anak-anak adalah penyebab perubahan dalam diri saya. Bagi saya, bergelar seorang bapa pada usia muda sebegini memberikan pengalaman yang sangat indah," katanya.
Tuju berkata demikian ketika sidang media virtual anjuran Warner Music Malaysia sempena melancarkan single terbarunya, Jiwa Pusing pada Rabu.
Tambah Tuju, dia tidak berasa kekok untuk menjaga anak-anaknya, malah menganggap mereka banyak memberikan inspirasi dalam kehidupan.
"Saya tak rasa kekok pun nak jaga anak-anak, mereka sebenarnya memberikan inspirasi dalam hidup saya.
"Alhamdulillah syukur kepada Allah, dan terima kasih kepada anak-anak saya," katanya lagi.
Tuju dan isterinya Loca B dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Bintang Aiko yang baru berusia tiga bulan.
Loca B sebelum itu pernah berkahwin dan memiliki seorang anak lelaki, Yusuf Alezander.
#Panas Baran #Tuju #Jiwa Pusing #Perubahan Diri
;