Penyanyi Aizat Amdan tidak menyangka inisiatif yang dilakukan untuk menghiburkan orang ramai dengan menyanyi lagu popularnya Hanya Kau Yang Mampu versi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini menjadi viral.

Menurut Aizat, dia tidak mempunyai niat lain dan hanya bertujuan untuk menghiburkan pengikutnya menggunakan pendekatan dengan mengubah lirik lagu asal
miliknya itu dalam versi nasihat.

“Idea untuk lagu itu pada asalnya hanya datang secara spontan, tiba-tiba saya terfikir satu lagu yang boleh hiburkan orang dalam keadaan kita yang begini.

“Jadi secara tidak langsung terciptalah versi itu dan saya sendiri pun sebenarnya tak sangka jadi viral sebab tujuan utama adalah nak hiburkan orang.

“Tetapi saya berterima kasih kepada mereka yang suka dan berkongsi video itu,” katanya ketika ditemu bual Gempak.

BACA: “Duduk Rumah Oooh,” – Layan Juga! Aizat Hadiahkan Lagu Versi Perintah Kawalan Pergerakan

Sehingga kini video pendek itu telah menerima lebih 800,000 tontonan.

Dalam perkembangan lain, Aizat kini muncul dengan lagu terbaharu berjudul Dup Dup bersama penyayi rap wanita yang dikenali dengan imej bertudung iaitu Bunga.