Pelakon Amyra Rosli terpaksa menerima rawatan di sebuah pusat perubatan awal pagi tadi selepas dipercayai mengalami keracunan makanan.

Menurut suaminya, Amar Baharin, isterinya itu mengalami muntah yang teruk selepas menikmati juadah makanan laut yang dimasak di rumah.

"Semalam dia sampai tujuh kali muntah lepas maghrib. Badan dia sampai lemah.

"Itu yang dalam pukul 2 pagi saya bawanya ke hospital sebab risau dengan keadaan dia. Doktor kata dia mengalami keracunan makanan," katanya ketika dihubungi Gempak.

Menurut Amar lagi, kemungkinan keracunan makanan tersebut berpunca daripada kerang yang dimakan isterinya.

"Kami bukan makan luar pun, makan di rumah sahaja. Semua orang makan makanan yang sama. Cuma, dia sahaja mengalami muntah-muntah.

"Saya tak pasti daripada makanan apa, cuma mungkin berpunca daripada kerang yang dia makan," katanya.

Daripada Abu Sa'id Al Khudri dan Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW bersabda: . "Tidaklah seorang Muslim yang ditimpa suatu penyakit dan keletihan, kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah SWT akan menghapus kesalahan-kesalahannya." . (Hadith riwayat al-Bukhari, No : 5641, Muslim, No : 2573, at-Tirmizi, No : 966, Ahmad, No : 7684, 8070, 10714)

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin) on


Bagaimanapun, menurut Amar, Amyra kini sudah berada di rumah selepas dibenarkan pulang pagi tadi.

"Selepas mendapatkan rawatan di hospital, doktor benarkan pulang dan sambung berehat di rumah.

"Cuma, doktor suruh jaga makan dulu dan banyakkan minum air untuk tempoh tiga hari ini. Sekarang ni pun dia masih mengadu ada rasa pedih kat perut," katanya.



Saksikan drama lakonan Amar Baharin dan Amyra Rosli di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19.