Hiburan
"Tujuh Lapisan Perut Kena Potong ..." - Haziq Hussni Imbas Momen Teman Isteri Masa Bersalin
Penyampai radio dan pengacara Haziq Hussni, 30, mengimbas kembali pengalaman berada di dewan bedah ketika menemani isterinya, Ayunda Putri bagi melahirkan anak kedua mereka, Chayra Auliya.
Menurut Haziq, dia melihat sendiri secara dekat bagaimana doktor membelah perut isterinya.
"Throwback pada hari puteri saya Chayra Auliya dilahirkan. Haziq ada dalam bilik pembedahan.
"Tengok macam mana doktor potong perut @ayundaputrii. Besar sungguh pengorbanan seorang ibu.
"7 lapisan perut kena potong nak keluarkan seorang anak," kongsinya di Instagram (IG).
Sementara itu, pemilik nama Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni akui terpaksa menolak tawaran doktor untuk melihat organ dalam perut isterinya kerana terlampau takut.
"Doktor siap suruh aku tengok lagi dalam perut Putri. Haziq, mai la tengok usus Putri.
"Gila kau! Mana maunya. Pengsan aku dalam tu kang. Tak sempat nak azankan anak. Doktor azankan aku dulu," tulisnya lagi.
Haziq dan Putri mendirikan rumah tangga pada Julai 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Heidy Nufael dan Chayra Auliya.