Hiburan
Tujuh Tahun Hidup Solo, Wan Sharmila Ingin Berkahwin Semula
Pelakon Wan Wan Sharmila, mengakui teringin mendirikan rumah tangga sekali lagi kerana berasa sunyi selepas tujuh tahun hidup solo setelah perkahwinannya gagal.
Wan Sharmila atau nama sebenarnya Wan Sharmila Wan Mohamed,36, berkata, hasrat itu sentiasa ada namun sehingga kini dia belum bertemu jodoh sesuai untuk dijadikan pasangan hidup.
“Sejujurnya saya kurang selesa hidup seorang diri. Selepas arwah ibu meninggal beberapa tahun lalu, hidup saya semakin sunyi,” katanya.
Menurut Wan Sharmila, keluarganya sentiasa terbuka serta bertanya mengenai perkara itu dan mendoakan dia segera bertemu pasangan serasi.
“Hati saya sentiasa terbuka untuk bercinta dan berkahwin lagi. Sudah tentu saya mahukan lelaki yang boleh mengubah hidup saya ke arah lebih baik,” katanya.
Terdahulu, Wan Sharmila pernah berkahwin dengan Fazli Baharom pada 2007 namun bercerai dua tahun kemudian.
Namun baru-baru ini, terdapat khabar angin yang mengatakan dia berkahwin secara rahsia selepas dilihat memuat naik gambar imbasan perut di laman sosial.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Sumber: Harian Metro