Laman Utama

Tujuh Vibrato Gitar Himpun Gitaris Tersohor, Bakal Bikin Tanda Aras Baharu

Maliah Surip
26/09/2023
10:07 MYT
Tujuh Vibrato Gitar mungkin menjadi satu-satunya panggung yang akan menampilkan gitaris sebagai hero yang akan membawa peminat tenggelam dalam setiap petikan jari-jemari mereka.
Maka, meraikan sang gitaris dan teknik vibratonya dari hati ke jari dan langsung ke tali adalah sesuatu yang menarik untuk diperdengarkan.
Bakal berlangsung pada 3 November 2023 di Zepp KL, Tujuh Vibrato Gitar langsung tidak akan memberi peminat bosan apabila pengisi panggung pada konsert tersebut sudah mencetak nama dalam belantika muzik tempatan dengan pelbagai pengiktirafan dan pengalaman.
Tujuh gitaris tersebut ; Jo Branko, Man Keedal, Shah Slam, Kidd Search, Muzza, Jembo Def Gab C dan satu-satunya bunga pada malam tersebut, Anis Kalisa.
Mereka akan bergabung dan meninggalkan ‘status’ pemain gitar dalam kugiran masing-masing untuk menjayakan Tujuh Vibrato Gitar yang julung kali diadakan.
“Meskipun masing-masing punya pengalaman yang cukup luas dalam industri, malah masing-masing punya ‘fan’ sendiri, itu bukanlah faktor utama untuk menjadikan mereka ‘gitar hero’ sewaktu di pentas itu nanti.
“Malah Tujuh Vibrato Gitar lebih bersifat ‘kerjasama’ yang mementingkan kredibiliti demi memastikan ‘sound’ gitar yang dihasilkan itu berbentuk harmoni di antara satu sama lain”, kata Jo Branko.
Jo Branko yang juga bertindak sebagai Pengarah Muzik juga berharap konsert ini akan menjadi satu penanda aras buat konsert lain.
Selain tujuh gitaris utama, Tujuh Vibrato Gitar anjuran Big Stage Entertainment Channel akan diiringi kumpulan Barbarik yang dianggotai Rozaimie (bass), Adi Yamin (keyboards), Ainoll (dram) serta penyanyi latar Izzat dan Baby.
Tiga penyanyi terkenal yang ditampilkan ialah Datuk Hattan, Muss dan Lan Solo.
Pada konsert tersebut, mereka akan menyampaikan lagu lagu rock klasik dan kontemporari dari himpunan karya hebat muzik rock tempatan.
Untuk pembelian tiket, dapatkan menerusi atas talian di www.tix-box.com. Tiket-tiket berharga RM188 (Rockzone), RM278 (Normal seats), RM338 (Premium seats) dan RM5,000 (VIP Box untuk 8 orang).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

THE BOYZ Singgah Berkonsert Di Malaysia September Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai!

gempak
25/07/2024
16:55 MYT
Penantian bakal berakhir untuk peminat- peminat K-Pop selepas penganjur konsert Star Planet mengumumkan kedatangan kumpulan bintang idola K-Pop, The Boyz ke Malaysia buat kali pertama.
Hollywood

Michael Learns To Rock Kembali Ke Malaysia November Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai Ini!

gempak
24/07/2024
11:45 MYT
Kumpulan terkenal dari Denmark, Michael Learns To Rock (MLTR) kembali menjelaja negara-negara Asia termasuk Malaysia pada November ini sempena konsert Take Us To Your Heart.
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert byAJAI & MEGA FRIENDS

gempak
24/07/2024
09:46 MYT
Peraduan

GMW Giveaway: Gimme The Mic Minggu 2

gempak
24/07/2024
09:40 MYT
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Solo Terakhir Dato' Awie

gempak
24/07/2024
09:33 MYT