Hiburan

“Tukar Baju, Cabut Segala Cucuk Sanggul, Belum Lagi…” – Pengurus Datuk Siti Kongsi Momen Belakang Tabir Konsert Di Jakarta

gempak
Mya Amri
26/02/2019
12:02 MYT
Sponsor Banner
“Tukar Baju, Cabut Segala Cucuk Sanggul, Belum Lagi…” – Pengurus Datuk Siti Kongsi Momen Belakang Tabir Konsert Di Jakarta
Pengurus Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak berkongsi momen belakang tabir konsert Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour pada 21 Februari lalu.
Perkongsian momen manis itu dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya pada semalam.
Menurut Rozi, suasana belakang tabir itu merupakan momen yang paling mendebarkan bagi dirinya kerana masa yang diberikan untuk membuat persiapan sangat suntuk.
Menariknya, foto-foto belakang tabir itu dirakamkan oleh penyampai radio popular, Fara Fauzana secara kandid.
“Persiapan terakhir di bilik solek sebelum konsert #sitinurhalizaontour Jakarta yang lalu.
“Di antara momen yang tidak terlihat orang adalah bagaimana suasana setiap kali pertukaran baju di belakang pentas.
“Itu momen paling mendebarkan sebab masa yang ada tidak sampai 3 minit, perlu cepat, cekap dan tidak gelabah. Hahaha bab gelabah ni paling lucu.
“Oleh kerana momen ini terjadi di bilik persalinan yang dibuat khas di belakang pentas dan bertutup, hanya saya, @ctdk dan siapa yang membantu saja yang tahu.
“Cemas, lucu, kelam kabut dan macam-macam dah terjadi. Itu belum lagi tiba-tiba zip baju rosak dan capai baju standby atau tak sempat nak rapikan baju, rambut atau tudung.
“Nak salin baju, nak cabut segala macam cucuk sanggul, pin tudung, tali pinggang, tukar ke baju seterusnya, pakai tudung, cucuk sana sini hahahaha.
“Itu belum lagi nak touch up make up, ganti warna lipstik ke, lap peluh, minum air, ingatkan @ctdk apa-apa yang patut. Tiba-tiba ada sayap, superwomen terbang! Hahaha…
“Pengalaman tak boleh dibeli tetapi dilalui. Terima kasih @therealfafau untuk gambar-gambar ini. Terima kasih juga sudi datang ke Jakarta memberikan sokongan kepada @ctdk,” kongsinya.
Gambar candid ini diambil oleh @therealfafau, tak perasan langsung, tiba-tiba dapat gambar-gambar ini menerusi whatsapp beliau. . Persiapan terakhir di bilik solek sebelum konsert #sitinurhalizaontour Jakarta yang lalu. . Di antara momen yang tidak terlihat orang adalah bagaimana suasana setiap kali pertukaran baju di belakang pentas. Itu momen paling mendebarkan sebab masa yang ada tidak sampai 3 minit, perlu cepat, cekap dan tidak gelabah. Hahaha..bab gelabah ni paling lucu. . Oleh kerana momen ini terjadi di bilik persalinan yang dibuat khas di belakang pentas dan bertutup, hanya saya, @ctdk dan siapa yang membantu saja yang tahu. Cemas, lucu, kelam kabut dan macam-macam dah terjadi. Itu belum lagi tiba-tiba zip baju rosak dan capai baju standby atau tak sempat nak rapikan baju, rambut atau tudung. Nak salin baju, nak cabut segala macam cucuk sanggul, pin tudung, tali pinggang, tukar ke baju seterusnya, pakai tudung, cucuk sana sini hahahaha. Itu belum lagi nak touch up make up, ganti warna lipstik ke, lap peluh, minum air, ingatkan @ctdk apa-apa yang patut. Tiba-tiba ada sayap, superwomen terbang! Hahaha.. . Pengalaman tak boleh dibeli tetapi dilalui. Terima kasih @therealfafau untuk gambar-gambar ini. Terima kasih juga sudi datang ke Jakarta memberikan sokongan kepada @ctdk .
A post shared by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi) on
Manakala menerusi satu lagi entri, Rozi menceritakan tentang bagaimana keadaan sebelum segmen seterusnya dimulakan.
“Gambar 1: Saya dan @ctdk di bawah pentas/di bawah kerangka besi, tempat @ctdk akan naik ke pentas menggunakan hidrolik.
“Bagi semangat, bagi kata-kata akhir dan saya akan tengok persembahan @ctdk dari tepi pentas. Bila tinggal separuh lagu terakhir bagi setiap segmen, saya akan berlari ke belakang pentas (ruang persalinan) untuk @ctdk menukar pakaian.
“Gambar 2@3: Gambar dari @therealfafau, adalah juga kenangan. Gambar 3 tu, nampak sangat muka debar/cemas saya,” coretnya.
BACA: 9 Momen Manis & Tangis Konsert 'Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour' Di Jakarta Indonesia
Untuk perkembangan terbaru, Siti Nurhaliza On Tour bakal menjelajah ke lokasi seterusnya iaitu Singapura pada 2 Mac dan Kuala Lumpur pada 16 Mac.
Bukan sekadar tiga negara Asia, tetapi penyanyi berusia 40 tahun itu juga akan kembali ke Royal Albert Hall, London buat kali kedua pada 22 April ini.
Foto: Instagram @rozisangdewi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live