Tukar Profesion, Mawi Nak Jadi Tukang Gunting Rambut?
Kamaruddin Razal
14/07/2019 17:25 MYT
14/07/2019 17:25 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi dikhabarkan mahu menukar kerjaya menjadi seorang tukang gunting rambut.
Katanya, Mawi kini sedang giat mempelajari teknik asas menggunting rambut selama empat minggu sebelum mula menerima 'pelanggan'.
Eh, sekejap! Ha.... jangan risau, Mawi masih belum mahu berhenti menjadi seorang penyampai radio di ZAYAN.
Sebenarnya, Mawi dan rakan gandingannya di segmen pagi Salam Bros, Anas Tahir sedang mempelajari cara-cara asas menggunting rambut untuk kempen terbaru stesen radio tersebut, ZAYAN Barber Bros.
Mawi dan Anas selaku personaliti-personaliti segmen pagi Salam Bros akan mempelajarinya bersama Adeep Nahar, Kimmy Low dan Cowboy, pendandan rambut profesional tempatan yang dipilih berdasarkan kepakaran dan pengalaman mereka dalam industri penyeliaan imej.
Jenama radio ZAYAN membuat persediaan untuk menghulurkan bantuan kepada golongan kurang bernasib baik di sekitar Masjid Negara pada 26 Julai 2019, selepas waktu Asar hingga waktu Isyak, melalui kempen ZAYAN Barber Bros.
Tujuan kempen ZAYAN Barber Bros adalah untuk mengetengahkan kepentingan menjaga kebersihan dan penampilan diri kepada orang ramai. Seramai 15 orang daripada golongan kurang bernasib baik akan dipilih secara rawak untuk mendapatkan perkhidmatan percuma ini.
Selain itu, Mawi dan Anas juga akan memberikan perkhidmatan menggunting rambut kepada kakitangan Astro di Bukit Jalil pada 17 Julai 2019.
Untuk lebih informasi mengenai ZAYAN, layari laman web zayan.my atau singgah ke laman sosial Facebook, Instagram dan Twitter mereka yang menggunakan kata kunci 'zayan.my'.