Pelakon kacak Hafeez Mikail terpaksa berehat selama sebulan selepas mengalami kecederaan hingga retak tulang kaki kanannya baru-baru ini.

Insiden itu berlaku ketika dia beraksi dalam perlawanan bola sepak bersama pasukannya, Challo FC minggu lalu.

"Doktor mahu saya berehat sebulan. Jadi kalau ada tugasan untuk drama kenalah ganti dulu dengan yang lain," katanya memetik laporan URTV.

Pelakon filem Busker itu aktif menyertai perlawanan bola sepak persahabatan bersama kelab bola sepak yang ditubuhkan oleh Syafiq Kyle, Challo FC sejak beberapa bulan lalu.

Selain Hafeez, kelab itu antara lainnya disertai oleh Ben Ali, Aedy Ashraf, Ezzrin Loy dan bekas peserta Hero Remaja, Ikmal Amry dan Harris Anuar.

FT 8-1 Challo fc vs JD fc

A post shared by CHALLO FC ?? (@challofc) on