Pengarah terkenal, Bade Hj. Azmi telah terlibat dalam sebuah kemalangan yang melibatkan antara sebuah kereta dan lori semalam.

Berita itu telah disahkan oleh pengurus produksinya, Zaidi Mat Zain yang berada di Hospital Bentong, Pahang selepas dimaklumkan mengenai kecelakaan tersebut.

"Betul Bade terlibat dalam kemalangan. Sekarang dia berada di Hospital Bentong dan sudah boleh pulang ke rumah.

"Dia okey cuma di bahagian tulang kakinya retak," katanya kepada Gempak.



Bade atau nama sebenarnya Badaruddin Haji Azmi telah mengarahkan dan menulis beberapa filem pecah panggung yang diiktiraf secara kritis.