VIRAL

Tular Aksi ‘Catwalk’ Di Bazaar Ramadan Untuk Kempen Jangan Bazir, Tubuh Model Dipenuhi Dengan Makanan Undang Pelbagai Reaksi

Khairil Khusyairi 12/03/2025 | 06:20 MYT
Tular di media sosial kini sebuah video memaparkan aksi ‘catwalk’ di sebuah bazaar Ramadan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Baju Diselimuti Makanan

Apa yang menarik perhatian ramai adalah busana unik yang dipakai oleh model-model dalam pertunjukan tersebut pakaian mereka dipenuhi dengan makanan yang digantung di seluruh badan, termasuk di kaki dan belakang badan.

Model-model tersebut turut memegang kad yang tertulis ‘Buang Pesen Membazir’, ‘Bazir’ dan ‘#BazirRamadan’.
Difahamkan, aksi tersebut adalah sebahagian daripada kempen kesedaran pembaziran makanan, dikenali sebagai ‘Bazir Ramadan’.
Meskipun objektif kempen ini adalah untuk mendidik orang ramai supaya tidak membazir ketika membeli juadah berbuka, ia mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Netizen Beri Pelbagai Reaksi

Menjengah ke ruangan balas, ramai yang mempersoalkan konsep yang digunakan, terutamanya kerana makanan yang sepatutnya dihormati diletakkan di bahagian tubuh seperti kaki.

Sebahagian netizen menyatakan bahawa mesej kempen tersebut baik, namun cara penyampaiannya kurang sesuai.
Mereka berpandangan bahawa makanan seharusnya dihargai dan bukan dijadikan sebahagian daripada pakaian. Ada juga yang mencadangkan agar kempen seperti ini dilakukan dengan cara yang lebih berhemah, seperti melalui infografik atau kempen derma makanan kepada golongan yang memerlukan.

“Yang di gantung di seluruh badan dia tu tak membazir ke? ke lepas tu dia orang makan yang di gantung di badan tu?,” persoal netizen.

“Harap-harap benda tu bukan makanan betul la,” komen netizen.

“Yang dipakai tu tak membazir ke. Maaf tanya je huhu,” tulis netizen lain.

“Tak baik tau buat baju dengan seluar makanan tu,” komen netizen lagi.

“Beb, lain kali pakai gambar je print kalau tak dapat full body, buat half body bawah je, takdela triggered kecaman sangat,” komen netizen lain.

#Ramadan #Model #Makanan #Bazaar #Catwalk #Kempen #Bazir