UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Hiburan

Tular Baju Raya Design Ultraman, Kamen Rider, Netizen Rela Hati Nak Beli - “Fesyen Pelik, Tapi Berapa…”

Umirah Halim 05/02/2025 | 07:55 MYT

Sepotong video yang dikongsi seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Nabiu Rahman yang memaparkan beberapa ‘design’ baju raya unik telah menyorot perhatian netizen.

Baju raya Ultraman & Kamen Rider

Menerusi hantaran tersebut, Nabiu telah memuat naik beberapa foto ‘Artificial Intelligence’ (AI) memaparkan model yang menggayakan baju Melayu serta baju kurung yang diinspirasikan daripada watak superhero terkenal Jepun iaitu Ultraman dan Kamen Rider.

Menerusi perkongsian yang dibuat, dapat dilihat beberapa pilihan warna telah digayakan model lelaki dan perempuan seperti hitam, hijau, kuning, ungu, putih dan merah jambu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja melihat ‘design’ tersebut dan mengatakan mereka sanggup beli sekiranya ada terjual di pasaran.

“Yang bukan-bukan je baju zaman sekarang, tapi harga berapa ya?

“Makin lama makin pelik design baju.

“Mana beg kuning, nak baju no 4 tu,” komen beberapa netizen.

Setakat artikel ini ditulis hantaran tersebut telah meraih lebih 4,600,000 tontonan dan lebih 226,500 tanda suka.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggap Baju Melayu Karya Istimewa, Rosyam Nor Pilih Bulan Bintang! Sentiasa ‘Excited’ Untuk Jadi Duta - “Anak Muda Yang Telah Berjuang…”
ARTIKEL BERKAITAN: "Ada Yang Tak Sabar Lagu Raya Artis No. 1 Malaysia?" - Aliff Syukri Beri Hint Bakal Keluar Lagu Raya, Netizen Nervous!

#Raya #Ultraman #Baju #Kamen Rider
;