gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
"Tekak Terganggu, Cari Makanan Halal Payah" - Amsyar Lee
HIBURAN
14 Tahun Berkawan, Anas Zahrin Jawab Tuduhan Bercinta Dengan Cik Epal Hanya Untuk Gimik - “Yes, I Do Love Her…”
HIBURAN
Ben Amir Dedah Sedang Jalin Hubungan Dengan Wanita Filipina - “Dia Bukanlah Punca Saya…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Tular Dakwaan Video Tak Senonoh Mirip Wajah Tony Eusoff, Ini Jawapan Tuan Punya Badan - “Kalau Nak Percaya Lantak Mereka”

gempak
Mya Amri
28/05/2025
01:30 MYT
Sponsor Banner
Tular Dakwaan Video Tak Senonoh Mirip Wajah Tony Eusoff, Ini Jawapan Tuan Punya Badan - “Kalau Nak Percaya Lantak Mereka”
Pelakon Tony Eusoff tampil memberi kenyataan mengenai dakwaan mengatakan satu rakaman video tidak senonoh mirip wajahnya tular di laman sosial.

Enggan layan, tak beri manfaat

Menurut Tony, dia enggan melayan dakwaan sedemikian, memandangkan ia tidak memberi sebarang manfaat kepada sesiapa.

“Itu terpulang pada siapa yang tengok, kalau nak percaya lantak merekalah, sebab sekarang ini kalau itu fokus mereka, mereka ini jenis yang macam mana? “Adakah itu fokus hidup mereka? Mereka hidup dengan mencari benda benda yang macam tu? Tak mengapa saya respek kalau itulah barang yang mereka cari.

“Saya ini jenis yang suka fokus pada kerja, janji saya tak menyusahkan orang. Pada saya, kalau anda tak boleh nak senangkan hidup orang, jangan susahkan orang, itu adalah prinsip hidup saya.
“Kalau benda itu menyinggung anda, kenapa tengok?Sebagai manusia kita ada pilihan, pilihan untuk nak percaya atau tidak, itu terpulang kepada individu.
“Jadi kalau benda itu menyakitkan mata anda janganlah tengok. Kalau anda percaya benda itu betul, lantaklah saya tak boleh nak paksa.
“Sama juga seperti kita tidak boleh nak paksa orang untuk menilai kita atau tidak. Terpulang pada individu.
“Kalau mereka tak suka saya itu bukan hal saya. Saya tak boleh nak paksa mereka untuk suka, itu hak masing-masing,” jelasnya.
Tony berkata demikian ketika ditemui di malam gala tayangan filem terbaharu lakonannya berjudul Balas Balik bertempat di Dadi Cinema, Pavillion Kuala Lumpur pada Selasa.

Tidak menafikan atau mengiyakan

Mengulas mengenai video tersebut, Tony bagaimanapun tidak menafikan atau mengiyakan perkara itu, sebaliknya menyerahkan kepada netizen untuk membuat andaian sendiri.

“Itu saya serahkan kepada mereka, nak percaya lantak koranglah, kalau tak nak percaya pun lantak korang juga. “Anda tahu kan, tidak ada gunanya. Saya iyakan atau tidak, itu terpulang pada mereka. Itu sahaja yang saya boleh katakan,” ujarnya.

Lebih banyak perkara penting perlu diberi fokus

Ditanya sama ada dia bakal mengambil tindakan terhadap perkara itu atau tidak, Tony berkata dia mempunyai lebih banyak perkara lain yang lebih penting untuk diutamakan.

“Bagi saya, saya banyak lagi benda lain nak fokus. Paling penting dalam hidup saya sekarang ini adalah kerja. “Sebab kerja yang holeh menjamin saya mempunyai simpanan yang cukup. Sekarang ini fokus utama saya adalah untuk menjaga ibu yang semakin berusia.

Terdahulu, tular video mirip seorang pelakon lelaki berkelakuan tidak senonoh di atas katil.
Sehubungan itu, netizen mendakwa lelaki berkenaan adalah aktor Tony Eusoff.
Topic Berkaitan
#Tony Eusoff
Must-Watch Video