Bintang Filipina, Zack Tabudlo yang tular di media sosial dengan lagu berjudul Pano bakal hadir ke Kuala Lumpur untuk bertemu peminat.

Dengan kerjasama di antara pihak Universal Music Malaysia dan Universal Music Filipina, Zack akan
membuat persembahan di acara Music Is Universal pada tanggal 4 Mac 2023 bertempat di Ballroom Hotel Le Meridien Petaling Jaya.

Acara ini bukan sahaja akan memberi peluang buat Zack untuk menyerlahkan bakatnya sebagai
seorang penyanyi dan penghibur, tetapi juga untuk mendekati dan mengenali para peminatnya di
Malaysia dengan lebih akrab.

Lebih menarik lagi, acara ini akan diserikan dengan kehadiran beberapa artis Universal Music Malaysia
yang lain iaitu YonnyBoii, Insomniacks dan Bella Astilah.

Ketiga-tiga artis ini sememangnya mempunyai golongan peminat mereka tersendiri, lantas acara ini akan memberi mereka kesempatan untuk mempersembahkan karya terbaharu masing-masing.

Bagi peminat yang ingin menyertai acara ini untuk menonton artis kesayangan anda, jangan lupa untuk
melakukan RSVP.

Untuk maklumat lanjut, layari Instagram Universal Music Malaysia.

A post shared by Universal Music Malaysia (@universalmusicmalaysia)